Friday, 3 March 2017

Golongan gelandangan...

''Caring Towards Homeless People'' ! Apakah maksud homeless?
Dalam Bahasa Malaysia, homeless sama erti dengan golongan gelandangan. Gelandangan merupakan manusia yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tidak tetap. Ini tidak bermaksud mereka golongan yang tidak berguna, mereka mungkin mengalami kesusahan dalam kehidupan, kemiskinan, permasalahan psikologi, masalah ekonomi, tiada pekerjaan tetap serta mungkin dihalau oleh keluarga mereka. Oleh itu, 12 orang pelajar Jerman ingin menyumbangkan sedikit usaha serta bantuan kepada golongan gelandangan dengan menyertai sebagai sukarelawan untuk membahagikan makanan-makanan kepada golongan ini.

Pada 22 Februari 2017, iaitu kali pertama kami menyertai badan bukan kerajaan- Street Feeders of KL (SFOKL) menjalankan tugas membahagikan makanan-makanan, pakaian kitar semula yang boleh dipakai lagi dan sebagainya kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Kami berkumpul dan bertolak dari Kolej Kediaman 9 pada pukul 7.45pm. Pada pukul 8.15pm, kami telah sampai ke tempat berkumpul SFOKL iaitu pintu Pasar Seni. Kami dibawa oleh krew SFOKL untuk berkumpul semula di tempat lain yang berdekatan iaitu 'Clock Tower' di Meadan Pasar, Selepas krew SFOKL memberi arahan kepada semua sukarelawan, aktiviti ini pun telah bermula. Makanan iaitu nasi, air minum, sebuah pisang dan sebuah roti akan diberi oleh krew SFOKL kepada semua sukarelawan supaya boleh membahagikan kepada gelandangan. Kami telah memilih jalan A iaitu ke Masjid Negara dan seterusnya Dataran Merdeka.

Dalam perjalanan ke Masjid Negara, kami melalui pelbagai jalan kecil, lorong kecil, terowong pejalan kaki dan jambatan. Apabila diatas jambatan, bawahnya adalah satu sungai dan beberapa pekerja yang sedang mencuci sungai. Pada masa itu, saya berasa amat sedih kerana nampak beberapa pekerja yang nampaknya sangat letih tetapi masih bekerja pada lewat masa itu. Selain itu, saya juga besyukur atas apa yang saya ada. Selepas 20 minit, kami pun telah sampai ke Masjid Negara. Saya nampak sekumpulan gelandangan yang ada di sana. Saya tidak dapat bahagikan makanan saya kerana banyak telah dapat makanan mereka. Oleh itu, kami berfikir apa yang boleh kami buat di sana. Pada masa itu, kami nampak sekumpulan gelandangan di hujung Masjid Negara dan salah seorang gelandangan memerlukan air. Kami hantar air kepada dia dan kumpulan French juga sedang berkumpul di sana. Selepas perbincangan, kami bersetuju menyanyi untuk kumpulan gelandangan yang ada di situ. Pada masa itu, saya berasa kebahagiaan adalah begitu mudah kerana satu lagu telah boleh mengembirakan mereka.

Seterusnya, kami bertolak ke Dataran Merdeka. Oleh kerana masalah polis menjalankan sekatan jalan raya di depan Dataran Merdeka, hanya 10 orang sukarelawan boleh masuk ke sekitar Dataran Merdeka. Kami telah adakan sesi kongsi di depan Dataran Merdeka dengan krew SFOKL dan sukarelawan yang lain sementara menunggu 10 orang sukarelawan itu. Selepas itu , aktiviti ini juga ditamatkan. 

Hari itu merupakan hari yang amat bermakna kepada saya. Ini jugalah kali pertama saya benar benar mengadakan interaksi dengan golongan gelandangan. Saya berasa amat takut menghadapi golongan gelandangan ini dan tidak tahu macam mana nak bertindak balas. Tetapi, sebagai ketua projek ini, saya tahu bahawa saya perlu berani kerana kalau saya nampaknya takut, ahli kumpulan lain tidak boleh jalankan projek ini dengan lancar. Saya amat bersyukur dan menghargai apa yang saya ada sehingga kini. 


JinTing 

No comments:

Post a Comment