Pada hari
bulan 22 Februari 2017 ialah hari pertama kami telah menyertai aktiviti
kesukarelawan untuk golongan gelandangan bersama satu organisasi bernama
‘Street Feeders of Kuala Lumpur’. Kami program Jerman dengan program Perancis menyertai
aktiviti kesukarelawan ini bagi project jalinan masyarakat. Kami program jerman
telah bertolak pada pukul 8 malam dengan mengunakan pengangkutan sendiri,iaitu
dua kereta rakan sekelas saya. Oleh itu, bagi kami pada hari pertama tidak
berlaku masalah pengangkutan. Selepas itu, kami pun bertolak dari kolej
kediaman kesembilan dan akhirnya sampai ke destinasi Pasar Seni. Di sana bukan
kami sahaja malah ramai lagi berkumpul di kawasan tempat berkumpul itu. Pada
mulanya, saya terkejut untuk melihat ratusan orang. Setelah itu, kami diarahkan
semuanya untuk berkumpul di suatu tempat. Fasilitator telah memberi sedikit
bimbingan tentang jalinan tersebut sebelum kita bergerak untuk memberikan
makanan. Selepas sedikit penerangan itu, kami dibahagikan kepada beberapa
kumpulan besar dengan lindungan fasilitator-fasilitator yang lain. Program
Jerman dan Perancis diarahkan untuk mengambil jalan A yang menuju ke Pasar Seni
dan Dataran Merdeka. Kami pun bermula perjalanan malah ia merupakan perjalanan
yang jauh yang mengambil masa 15 hingga 25 minit. Perjalanan tersebut memang
memenatkan pada hari pertama dan saya tidak disangka itu.
Selepas itu,
kami sampai ke destinasi pertama iaitu Pasar Seni dan berkumpul di sana.
Sebelum bergerak fasilitator memberi penerangan untuk bagaimana berinteraksi
dengan golongan gelandangan. Program Jerman terus pergi dan distribusikan
makanan dan minuman kepada mereka yang disediakan oleh organisasi. Kami mencuba
untuk berinteraksi dengan mereka tetapi malangnya kami semua berasa takut dan
tidak berani. Kami berdiri di sesuatu tempat dan melihat bagaimana orang lain
berinteraksi. Setelah itu, saya mencuba untuk berinteraksi dengan salah seorang
daripada golongan gelandangan dan bertanya khabarnya. Mungkin kami berasa takut
kerana ia adalah pengalaman pertama dan berbeza untuk menjumpa dan bercakap
dengan mereka.
45 minit
kami menghabiskan di sana bergerak ke destinasi seterusnya ke Dataran Merdeka.
Di sana ada beberapa gelandangan sahaja jadi 10 orang sahaja diminta untuk ikut
fasilitator, yang lain dan kami duduk di suatu tempat dan dapat berkenalan dan
berkongsi pengalaman dengan ketua organisasi dan fasilitator lain. Semua
sudahpun selesai dan kami bergerak ke tempat kumpul kami. Akhirnya kami
mengambil gambar berkumpulan dengan semua orang. Ia adalah pengalaman yang baru
dan berlainan bagi saya dan saya berharap di perjumpaan seterusnya saya dapat
membelajari banyak lagi pengalaman.
Sekian,
-Priscilia-
Sekian,
-Priscilia-
No comments:
Post a Comment