Pada 8 March
2017, kami program Jerman dan program Perancis telah menyertai aktiviti
kesukarelawan yang kali kedua bersama ‘Street Feeders of Kuala Lumpur’. Kali
kedua ini kami ada sedikit perubahan yang kami telah mengunakan pengangkutan
awam iaitu ‘uber’ dan LRT. Ini kerana salah seorang pemilik kereta, rakan
sekelas saya tidak dapat hadir untuk aktiviti kesukarelawan. Jadinya kami semua
bertolak bersama pada pukul 7.30 malam dari kolej kediaman kesembilan. Dari
kolej kami menaiki uber sampai ke LRT Universiti stesen dan dari sana kami
menaiki LRT ke Pasar Seni LRT Universiti stesen. Perjalanan bersama rakan-rakan
sekelas saya memang seronok dan gembira. Setelah kami sampai LRT Pasar Seni
stesen kami terus pergi ke suatu tempat di Pasar Seni bernama ‘basement’ ia
merupakan satu tempat untuk berkumpul. Kali kedua ini saya melihat bahawa tidak
berapa ramai menyertai seperti kali pertama tetapi ada beberapa kumpulan yang
baru turut sertai juga. Seperti biasa kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan
besar. Kali ini kami mengharapkan untuk dapat destinasi lain tetapi malangnya
kami mendapat yang sama seperti penyertaan kali pertama. Destinasi kami adalah
Pasar Seni sahaja dan bukan ke Dataran Merdeka. Aktiviti ini mula pada pukul 9
malam dan kami teruskan perjalanlan ke destinasi berikut.
Apabila kami
sampai ke destinasi berikut, kami bermula untuk distribusikan makanan dan
minuman kepada golongan gelandangan seperti di aktiviti pertama. Dengan harapnya,
kami telah mencari seorang pengelandang yang kami boleh berinteraksi dan
membuat sedikit perbualan. Dengan itu, kami dapat berinteraksi dengan seorang
lelaki berumur sekitar 30-an. Dari pandangan pertama lelaki itu sangat berkawan
dan mudah berinteraksi dengan kami berbanding dengan yang lain. Dia juga turut
membuat lawak dan kelakar semasa kami berbual denganya. Semasa itu, saya berasa
tidak sangka yang ada juga yang sangat berkawan dalam kalangan mereka malah
selalunya mereka kelihatan murung dan pendiam. Saya berasa ia adalah satu
pengalaman yang cukup baik pada hari itu kerana itu adalah kali pertama yang
saya dapat berinteraksi dengan golongan gelandangan. Setelah kami habiskan masa
selama 30 minit di sana, kami pun bergerak dari destinasi itu dan berkumpul di ‘Basement’.
Selepas semua selesai program Jerman dan Perancis bertolak pukul 11.30 malam
dari sana.
Akhirnya,
saya berasa sangat berpuas hati dengan aktiviti kesukarelawan yang kali kedua
ini kerana saya dapat kesempatan untuk berbual dengan golongan gelandangan. Dengan
akhir kata, saya berharap juga perjumpaan seterusnya akan bagi lebih pengalaman
dan saya boleh berinteraksi dengan lebih ramai gelandangan. Saya juga berterima
kasih kepada ketua kursus jalinan masyarakat dan ‘Street Feeders of Kuala
Lumpur’ organisasi kerana memberi kesempatan untuk menyertai aktiviti
kesukarelawan ini.
Sekian,
-Priscilia-
No comments:
Post a Comment