Sunday, 12 March 2017

Kali Kedua

Pada 8 Mac 2017 iaitu pada hari Rabu, saya dan rakan-rakan telah melakukan program Jalinan Masyarakat kali kedua di tempat yang sama iaitu di Masjid Negara. Pengalaman kali ini berbeza dengan pengalaman kali pertama. Kami menaiki Keretapi LRT dan menggunakan khidmat Uber. Perjalanan untuk sampai ke destinasi mengambil masa yang lama kerana keadaan jalan sesak, kerana pada waktu itu ialah waktu peak hour di mana pada waktu itu, waktu berpulang dari kerja.

Setelah sampai di LRT Pasar Seni, kami berjurus ke tempat perjumpaan peserta-peserta Street Feeders of KL (SFOKL), iaitu di bawah satu jambatan. Kami diberi beberapa arahan dan nasihat daripada pihak SFOKL. Selepas itu, kami diberi makanan untuk diagihkan kepada golongan gelandangan. Kami pun bermula berjalan kaki ke Masjid Negara. Perjalanan kali ini lebih singkat dibandingkan sebelum ini.

Seterusnya, kami sampai di Masjid Negara dan mula mengagihkan makanan. Kali ini, kelihatan lebih ramai golongan gelandangan. Setelah itu, saya dan beberapa rakan pergi mencari mana-mana golongan gelandangan untuk membawa bersembang. Pada mulanya, ia sukar kerana kebanyakan gelandangan kelihatan tidak mahu bercakap dan kebanyakan sudah mempunyai peneman untuk bersembang.

Selepas itu, kami berjumpa dengan seorang lelaki berusia dalam linkungan 30 tahun dengan menggunakan panggilan Ayi. Dia berasal dari Penang dan sudah berada di Kuala Lumpur selama 7 tahun. Dia juga berkerja part-time. Ayi pada mulanya tidak mahu menerima makanan dari kami tetapi setelah dipaksa, dia akhirnya terima. Kami juga memujuk dan memaksa Ayi untuk pergi membuat medical check-up yang berada di Masjid Negara itu. Ayi berkata dia tidak mahu kerana segan. Ayi seorang yang kelakar, dia banyak memberi kami jenaka dan kata-kata yang mencuit hati. Dia juga berkata bahawa seronok tinggal di sini kerana dapat berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Kami juga bertanya bila dia akan pulang ke kampung, dan Ayi menjawab dia akan pulang pada bulan puasa.

Justeru, kami sangat berpuas hati kerana akhirnya dapat mengadakan perbualan bersama golongan gelandangan walaupun ia merupakan perbualan yang singkat, tetapi ia adalah satu pengalaman bagi saya dan rakan-rakan. Pada pendapat saya, pengajaran yang saya dapat ialah kita tidak patut mudah menghakimi seseorang disebabkan keadaan seseorang itu. Sebagai contoh, kebanyakan kita akan berfikir bahawa mereka yang tinggal gelandangan tidak akan berasa gembira padahal mereka sebenarnya ada yang rasa seronok mungkin kerana ada yang menjaga mereka (pihak NGO yang sentiasa memberi makanan dan pakaian pada mereka), mereka juga mungkin tidak ada banyak masalah untuk difikirkan dibandingkan dengan diri kita semua.Maka, kita semua haruslah sentiasa bermuhasabah dan sentiasa berfikiran terbuka dalam apa-apa keadaan sekali pun.

Akhirnya, pengalaman kali ini berlainan dengan pengalaman pada kali pertama. Saya berharap pengalaman seterusnya menjadi lebih baik.

sekian,
Fatimah

No comments:

Post a Comment