Tuesday, 25 April 2017

BARU

Pada 22 Februari 2017 yang lalu, kami pelajar program Jerman telah melaksanakan Jalinan Masyarakat kami yang pertama iaitu dengan menyertai Street Feeders of Kuala Lumpur. Kami terdiri daripada 12 orang pelajar iaitu 2 orang mahasiswa dan 10 orang mahasiswi.

Gembira. Teruja. Tertanya-tanya. Perasaan yang amat jelas dirasakan kerana sedang bersedia untuk merasai sesuatu yang baru. Ini merupakan pengalaman pertama saya untuk bertemu dengan sahabat jalanan.

Kami telah diminta untuk membawa makanan bersama kami. Pada waktu ini, saya telah diberi peluang untuk membawa makanan berat (nasi+lauk) berserta pisang dan air mineral.

Sebaik sahaja tiba di destinasi, kami mula mengagihkan makanan kepada sahabat jalanan kami. Terkejut. Takut. Terkedu. Perasaan yang berbeza mula dirasakan. Agak terkejut sewaktu sahabat-sahabat jalanan datang menuju ke arah diri ini meminta bungkusan makanan yang dipegang rapi. Situasi ini sudah dijangkakan kerana ini pengalaman yang baru.

Selepas kami selesai mengagihkan makanan kepada sahabat jalanan kami, kami diberikan sekitar 20 minit untuk berbual-bual dengan sahabat jalanan kami. Diri ini mencuba untuk mendapatkan sesuatu. Berbual-bual, ketawa bersama mahupun hanya mendengar terasa amat berbaloi. Tetapi mahupun hanya sekadar ingin mendengar, ia bukan semudah yang disangka.

Sebelum kami bersurai, salah seorang ajk Street Feeders of Kuala Lumpur bertanyakan kepada semua peserta pada malam tersebut, siapa kali pertama menyertai aktiviti kebajikan ini. Beliau bertanya lagi "Siapa first timer yang dah dapat berbual-bual dengan our Street Friends? Tak ramai kan. Don't be sad. Because my first time is same as you. We're same. Just come again and make it real."

Sewaktu kami bergerak pulang, hati ini bertekad untuk hadir sekali lagi dan mendapatkan sesuatu yang baru. Sekian sahaja coretan daripada saya. Terima kasih.

Sekian,
ASILAHADENAN

No comments:

Post a Comment