Wednesday, 26 April 2017

Pada 19/4/2017 (Rabu), kami pelajar dari program Jerman dengan sekali lagi menyertai Sreet Feeder. Hujan turun pada hari itu dan kelihatan tidak ramai street friends semasa kita sampai di tempat tinggal mereka.

Pada hari itu, saya telah memegang 2 botol air mineral yang perlu dibagi oleh street friends, dan tiba-tiba saya teringat salah satu street friend yang pernah saya berbual-bual dengannya. Sebelum itu, lelaki ini telah mengambil sekurang-kurangnya 10 botol air mineral dan menyembunyikannya di bag kitar semulanya. Hal ini telah menyebabkan saya mengingati lelaki tersebut.

Semasa tiba di tempat tinggal street friends, saya mencari-cari lelaki tersebut. Semasa terjumpa lelaki tersebut lalu saya terus memberi air mineral di tangan saya kepadanya. Saya menyedari bahawa dia telah memotong rambutnya dan penampaiannya kelihatan lebih bersih. Disebabkan hari tersebut hujan, dia terus beredar selepas mendapatkan makanan dan terutamanya minuman.

Walaupun tidak dapat bersembang dengannya, saya berasa gembira kerana saya telah memberikan air kepada lelaki tersebut.

Yoke May

No comments:

Post a Comment