Pada
19 April 2017, kami telah melaksanakan program jalinan masyarakat kali ke-3 di
bawah kerjasama Badan Bukan Kerajaan
iaitu Street Feeders of Kuala Lumpur. Cuaca pada malam itu
kurang baik kerana hujan renyai-renyai. Kali ini, kami pilih semula Route A---Masjid
Negara. Dalam perjalanan ke Masjid Negara, kami telah menemui beberapa orang
gelandangan yang tidur di tepi jalan bawah satu bangunan tertutup. Dengan ini, kami beberapa orang terus memberikan bekalan
makanan kepada mereka.
Setibanya kami di destinasi tersebut, kelihatan
sesetengah gelan Setibanya kami di destinasi tersebut, kelihatan
sesetengah gelandangan sedang menunggu kita di bawah tempat dan bumbung
tertutup. Keladangan tersebut memegang payung dan menunggu ketibaan kita dengan
penuh kesabaran walaupun hujan melanda di muka bumi pada hari itu. Setelah
menerima arahan daripada pihak atasan, kami telahpun mula mengagihkan bekalan
makanan dan barang keperluan harian kepada para keladangan. Walaubagaimanapun,
kami semua tidak berkesempatan untuk berinteraksi dgn para keladangan atas
faktor cuaca yang tidak diizinkan. Selanjutnya, walaupun pengalaman pada kali
ini tidak banyak memberikan input baru,namun kami tetap berharap golongan
masyarakat umum yang lain tetap dapat menaruh perasaan simpati dan empati yang
tidak terhingga terhadap geladangan di Masjid Negara dan turut sanggup
menghulurkan bantuan kepada golongan masyarakat daif di seluruh Malaysia pada
zaman yang serba moden ini. Dengan ini, kami doakan yang terbaik untuk lawatan geladangan
yg seterusnya pd masa depan.
Sekian,
Tan Yan Tung
No comments:
Post a Comment