Tuesday, 25 April 2017

Jalinan Masyarakat Kali Ketiga

       Pada 19 April 2017, kami telah mengadakan program jalinan masyarakat kali ketiga di tempat yang sama iaitu di Masjid Negara. Kami menaiki dan menggunakan bus rapidKL dan LRT. Kami bermula dengan berkumpul di UM Sentral untuk bus rapidKL. Kami juga disertai bersama Frau Koh sebagai pensyararah penyelaras. Kami mula berkumpul pada pukul 7.40 p.m di UM Sentral. Saya dan Aisyah bergegas ke UM Sentral setelah kelas Bahasa dan Komunikasi selesai.

      Selepas itu, kami semua menunggu bas rapidKL selama 30  minit. Setelah itu, kami menaiki LRT Universiti ke Pasar Seni. Seterusnya, kami semua berkumpul di tempat berkumpul para sukarelawan bersama  Street Feeders of Kuala Lumpur (SFOKL) . Kami berkumpul untuk beberapa minit bagi mendengar taklimat dari wakil SFOKL.  Seterusnya, kami berjalan kaki ke Masjid Negara.
Disebabkan cuaca tidak baik iaitu disebabkan hujan, tidak ramai golongan gelandangan di perkarangan Masjid Negara, kebanyakan mereka berlindung di kawasan luar masjid di mana kami dilarang untuk ke sana. Kami semua mengagihkan makanan, minuman, pisang dan telur Easter  kepada golongan gelandangan. Setelah selesai, kami berkumpul di tempat asal untuk bersurai. Selepas itu, kami mengambil LRT Pasar Seni untuk balik ke LRT Universiti. Kira-kira 11.20 pm, kami mengguna khidmat GrabCar untuk pulang ke Kolej Kediaman Kesembilan.  


     Akhir sekali, saya berpendapat bahawa kebanyakan golongan gelandangan masih di Masjid Negara seperti kali kedua dan pertama saya ke sana. Saya berasa bersyukur dan sedar akan nasib saya sekarang yang lebih bernasib baik daripada mereka. Walaubagaimanapun, ia bukannya alasan untuk saya memandang rendah atau menghakimi mereka, sebaliknya, kita harus membantu mereka semampu yang mungkin. 

-Fatimah-

No comments:

Post a Comment