Monday, 24 April 2017

Kali Ketiga



Kali ketiga aktiviti kesukarelawan bersama ‘Street Feeders of Kuala Lumpur

Pada kali ketiga ini, kami juga melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan bersama Street Feeders 
of Kuala Lumpur. Pada pukul 7.40pm kami semua berkumpul di UM Sentral bersama pensyarah kami, Frau Koh, tetapi saya telah lewat sebanyak 20 minit untuk sampai ke UM Sentral kerana kelas telah habis lambat. Setelah itu, kami telah menunggu bas rapid di UM Sentral juga bersama rakan sekelas dan Frau Koh. Setelah menaiki bas rapid, kami menuju ke Lrt Universiti. Pada hari itu, cuaca memang tidak stabil dan masih hujan. Kami memang mengalami kesukaran untuk menuju ke destinasi kerana cuaca yang tidak stabil. Selepas sampai ke Lrt Universiti, kami semua berkumpul dan menaiki Lrt dan menuju ke Pasar Seni Stesen. Dari sana kami semua berjalan sampai ke tempat berkumpul “ basement“ seperti mana di kali pertama dan kedua kami berkumpul pada pukul 9pm. Pada hari itu, bukan ramai yang hadirkan diri kerana cuaca yang tidak stabil. Seperti biasa, sebelum memulakan aktiviti kami mengambil gambar berkumpulan bersama rakan-rakan lain dan bersama fasilitator Steet Feeders. Setelah habis bergambar kami diberi sedikit menerangan oleh Presiden tentang aktiviti ini untuk rakan-rakan yang baru menyertai aktiviti ini.


Setelah itu, kami berkumpul ikut kumpulan dengan fasilitator tersebut. Pada pukul 9.30pm kami bertolak dari tempat berkumpul dan memulakan perjalanan ke Masjid Negara. Setelah habis perjalanan sebanyak 20 minit, kami berkumpul di sana dan mulakan aktiviti kesukarelawan kepada golongan gelandangan. Malangnya, pada hari itu sebahagian golongan gelandangan tidak ada di Masjid Negara kerana cuaca hujan. Ramai yang menempatkan tempat tidur di sebuah bangunan kecil untuk berehat. Kami dapat memberikan makanan yang ada di lokasi tersebut sahaja. Kami juga tidak dapat untuk berinteraksi dengan golongan gelandangan kerana ramai yang tidak berada di sana. Setelah kami habiskan masa selama 20 minit di sana, kami bertolak pada pukul 10.15pm dan menuju ke tempat berkumpul pada pukul 10.35pm. Setelah sampai kami bersurai dan berinteraksi dengan fasilatator dan pulang ke Kolej Kediaman Kesembilan pada pukul 11.30pm.  

priscilia           

No comments:

Post a Comment