Pada
27 April 2017, kami telah mengikuti NGO berdaftar selain SFOKL iaitu Kechara
Soup Kitchen di Jalan Imbi buat kali yang pertama. Kali ini agak berbeza kerana
kami pergi pada waktu tengahari sampai waktu petang sahaja iaitu dari pukul 2
sehingga pukul 6. Kami 12 orang mahasiswa dan mahasiswi pun pergi menaiki bus
RapidKL untuk sampai ke LRT Universiti dan seterusnya ke KL Sentral. Kali ini
kami menggunakan Monorail untuk pergi ke destinasi tersebut. Apa yang
mencabarkan bagi saya ialah waktu perjalanan dari Stesen Monorail ke destinasi Kechara
Soup Kitchen. Hal ini kerana, bagi saya tempat tersebut agak jauh untuk
berjalan kaki.
Kami
pun sampai di Kechara Soup Kitchen. Kami segera mengikut arahan seperti
menyimpan beg terlebih dahulu dan membasuh tangan serta menggunakan sarung
tangan plastik sebelum memulakan kerja membungkus roti atau biskut kraker. Kami
pun mula membungkus, menyusun dan menyekap plastik yang sudah susun menggunakan
Mesin Sealing untuk plastik atau “Hand Press Sealer”. Kami semua sibuk
melakukan peranan masing-masing dan mengikut arahan yang diberi. Pihak Kenchara
juga ada menyediakan air mineral dan roti untuk kami semua.
Akhirnya
selesai, kami pun mula mengemas dan menyimpan barang-barang tersebut. Kali ini
kami balik secara berasingan kerana ada yang hendak balik terus ke Kolej
Kediaman dan pergi makan terlebih dahulu. Saya, Asilah, Thanushah dan Prisilia
balik bersama kerana kami hendak makan terlebih dahulu sebelum balik.
Pada
hari itu, saya merasakan waktu berlalu dengan cepat, mungkin kerana sibuk
melakukan kerja-kerja tersebut. Apa yang saya dapati dengan kerjasama dari
semua orang dapat mempercepatkan dan memudahkan lagi sesuatu pekerjaan itu. Itu
apa yang saya lihat ketika kami menjalankan aktiviti tersebut bersama beberapa
sukarelawan Kechara Soup Kitchen.
-Aisyah-
No comments:
Post a Comment