Monday, 24 April 2017

Pengalaman menyertai aktiviti Sukarelawan SFOKL bagi Kali Ketiga (19 / 4 / 2017)

     Salam sejahtera, di sini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya menjadi sukarelawan bagi 'Projek Caring towards Homeless People' bagi kali ketiga. Saya bersama dengan rakan saya Priscilia tidak dapat hadir ke destinasi yang kami sepatutnya menunggu untuk bas tepat pada masanya. Hal ini kerana, kami berdua habis kelas pukul 7.05 pm dan kami sepatutnya tunggu untuk bas (bersama rakan-rakan German dan Frau Koh) pada pukul 7.15 pm. 

     Kami telah sampai lambat iaitu pada pukul almost 7.50 pm. Frau Koh buat pertama kalinya menyertai rombongan kami untuk aktiviti ini. Kami merasa sangat gembira akan kedatangan beliau bersama kami. Selepas menaiki bas, kami telah sampai ke LRT KL Gateway. Rakan kami Jay telah membatu kami untuk membeli tiket LRT. 
      
      Kami bersama Frau Koh sampai ke destinasi pada pukul hampir 9 malam. Nasib baik kerana aktiviti tersebut masih belum dimulakan lagi pada masa tersebut kerana ajk SFOKL terpaksa tunggu untuk para sukarelawan yang lain. Hujan pada masa itu telah sedikit menyukarkan pergerakan kami untuk sampai ke destinasi.
 
     Pada pukul lebih kurang 9.20 pm, kami telah sampai ke destinasi golongan gelandangan. Malangnya, tiada ramai orang yang berada di sana disebabkan hujan. Namun, kami tetap menjalankan aktiviti ini bagi menghilangkan kelaparan golongan gelandangan pada malam tersebut. 

      Apa yang dapat saya perhatikan adalah, semakin hari makin kurang golongan gelandangan di kawasan Masjid Negara. Hal ini bermaksud, masyarakat di negara Malaysia semakin maju dalam kehidupan mereka. Saya berharap bahawa golongan gelandangan akan diberi layanan yang baik dan sewajarnya oleh masyarakat sekitar. Sekian, terima kasih.

-tshah-


No comments:

Post a Comment