Sunday, 30 April 2017

      Pada 22 Febuari, kami telah melibatkan diri dalam program jalinan masyarakat kali ke-1 di bawah kerjasama Badan Bukan Kerajaan iaitu Street Feeders of Kuala Lumpur. Kami telah membuat keputusan untuk pilih Route A iaitu jalan ke Masjid Negara dan Dataran Merdeka. Kami bertolak ke Masjid Negara sejurus mendapat bekalan makanan serta air mineral. Walaupun perjalanan agak jauh tetapi kami berasa teruja kerana ini merupakan kali pertama melibatkan diri dalam program ini.

    Kami mula mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan sebaik sahaja tiba di Masjid Negara. Kami diberi peluang untuk berbual dengan para gelandangan tetapi saya kurang berkomunikasi dengan mereka. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama saya membuat kerja amal ini. Oleh itu, saya memerhatikan cara sukarelawan lain berkomunikasi dengan para gelandangan .

     Selepas itu, kami beralih ke Dataran Merdeka. Pada hari ini, golongan gelandangan tidak banyak. Oleh itu, penganjur telah memilih 10 orang sukarelawan mengagihan makanan dan minuman serta pakaian kepada golongan gelandangan di sana. Kami berehat di tepi jalan dan memdengar pengalaman penganjur daam aktiviti ini. Tiba-tiba seorang golongan gelandangan yang berkaum India sedang menghadap ke arah kami dan bersembang dengan pengajur akitviti kami. Golongan gelandangan yang berkaum India itu bermuka masam dan sedih apabila bersembang dengan pengajur kami. Rupa-rupanya beliau tidak dapat makanan daripada kami dan merayu kepada pengajur untuk mendapatkan makanan dan bahan-bahan untuk meneruskan kehidupannya. Pengajur kami menghulurkan makanan dan sedikit bekalan kepada golongan gelandangan itu dan telah diterima oleh beliau. Golongan gelandangan India tersebut amat berterima kasih kepada kami. Saya berasa aktiviti ini memang amat berfaedah kerana kami dapat mengubah masa depan dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik. Dengan ini, saya berharap aktiviti ini dapat berterus supaya golongan yang tidak bernasib baik dapat menerima bantuan.

Sekian,

Yan Tung

No comments:

Post a Comment