Sunday, 30 April 2017

Pertiwi on 30 April 2017

Pertiwi near Medan Tuanku Monorail Station
   So it was my first time going there, we traveled 4 stops of lrt kelana Jaya line to KL sentral and hopped on to the monorail to travel another 8 stops to medan tuanku. Thankfully it was Sunday so there were no traffic jam.

   We were there early and so we went for dinner before heading to the end location. We waited at the place where the food distribution are for quite a long time and I'm quite disappointed with their time as they only came at 9.30pm. The distribution part was smooth and all but their lateness is quite disturbing because many of the homeless were waiting outside the fence for such a long time with children.

   While giving out the food, it was easy as we just need to smile and say "sama-sama" to them when they say thank you. The flow was good as they queue accordingly. For me personally it was good but the travel to the place is really tiring. At least 3 hours are gone just for the travelling while the the activity only last an hour or so.

   Through it all, I learned that doing volunteering job is not hard, it only takes time and with a bit of compassion and love. And to think there are so many homeless in the capital city of Malaysia. It is as if KL has a beautiful outer beauty but broken inside. Since living in a big city for some times, I realized that city often needs more love than a small town. People often forget that money and fame and success isn't everything in life.

-PT-
 

Kechara on 27 April 2017

Kechara near Pavillion

   So that day we went to Kechara to help out in packing the biscuits. At first I was in charged of sealing the packages with the machine that heats a line across the plastic bag to seal the package. It was fun but after awhile it was quite tiring as if it never ends.

   I was quite surprised by the place as it is furnished nicely with tables, chairs and even a wide television high on the wall where there can play YouTube videos to listen to songs while working. The stores that stored all the food and drinks were very clean, tidy and big. The Kechara volunteers there are only a few around 5 people and they were very nice to instruct us how to pack and supplied us with some bottled water.

   After changing my job scope to packing the biscuits which were fun too and not too long till we finished packing all the biscuits and we also helped to move boxes of water from the front of the store to the back by forming a line. It was exhausting. At the beginning, the 12kg box was manageable but it felt heavier and heavier after 20 boxes of it as if it was 30kg.

   All in all it was a great experience to help out in Kechara. To see that there are people who care for the homeless is very heart warming and lovely. While we were there, there were a homeless guy that came in and ask for water as there is a water dispenser and he just took what he came for and did not took the extra bottled water beside it and said thank you. It reminds me that not because the less have less which makes them want more but instead the opposite they know what is enough and be content unlike the more wealthy people.

-PT-
      Pada 22 Febuari, kami telah melibatkan diri dalam program jalinan masyarakat kali ke-1 di bawah kerjasama Badan Bukan Kerajaan iaitu Street Feeders of Kuala Lumpur. Kami telah membuat keputusan untuk pilih Route A iaitu jalan ke Masjid Negara dan Dataran Merdeka. Kami bertolak ke Masjid Negara sejurus mendapat bekalan makanan serta air mineral. Walaupun perjalanan agak jauh tetapi kami berasa teruja kerana ini merupakan kali pertama melibatkan diri dalam program ini.

    Kami mula mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan sebaik sahaja tiba di Masjid Negara. Kami diberi peluang untuk berbual dengan para gelandangan tetapi saya kurang berkomunikasi dengan mereka. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama saya membuat kerja amal ini. Oleh itu, saya memerhatikan cara sukarelawan lain berkomunikasi dengan para gelandangan .

     Selepas itu, kami beralih ke Dataran Merdeka. Pada hari ini, golongan gelandangan tidak banyak. Oleh itu, penganjur telah memilih 10 orang sukarelawan mengagihan makanan dan minuman serta pakaian kepada golongan gelandangan di sana. Kami berehat di tepi jalan dan memdengar pengalaman penganjur daam aktiviti ini. Tiba-tiba seorang golongan gelandangan yang berkaum India sedang menghadap ke arah kami dan bersembang dengan pengajur akitviti kami. Golongan gelandangan yang berkaum India itu bermuka masam dan sedih apabila bersembang dengan pengajur kami. Rupa-rupanya beliau tidak dapat makanan daripada kami dan merayu kepada pengajur untuk mendapatkan makanan dan bahan-bahan untuk meneruskan kehidupannya. Pengajur kami menghulurkan makanan dan sedikit bekalan kepada golongan gelandangan itu dan telah diterima oleh beliau. Golongan gelandangan India tersebut amat berterima kasih kepada kami. Saya berasa aktiviti ini memang amat berfaedah kerana kami dapat mengubah masa depan dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik. Dengan ini, saya berharap aktiviti ini dapat berterus supaya golongan yang tidak bernasib baik dapat menerima bantuan.

Sekian,

Yan Tung
27 April 2017, pada hari ini  kami telah melibatkan diri dalam Kechara Soup Kitchen. Kali ini kami mempunyai pengalaman yang berbeza kerena kami bertanggungjawab untuk membungkus, menyusun dan menyekap biskut. Sebelum kerja pembungkusan ini dimulakan, kami membasuh tangan dan memakai sarung tangan untuk memastikan kebersihan. Selepas habis kerja pembungkusan, kami bertanggungjawab untuk membersihkan tempat kerja itu dengan menyapu lantai dan mengelapkan meja kerja. Aktiviti ini amat meletihkan tetapi kami amat gembira dan bekerjasama. Walau bagaimanapun, aktiviti ini masih bermanfaat dan berfaedah kerana kerja pembungkusan dan penyediaan juga merupakan salah satu bantuan kepada golongan gelandangan.

Sekian,

Yan Tung

Friday, 28 April 2017

Aktiviti Kesukarelawan yang Pertama bersama “Kechara Soup Kitchen”. (27 April 2017)


Kami semua menggunakan perkhidmatan bas RapidKL untuk sampai ke LRT universiti.



Kami sampai di LRT Universiti dan membeli token untuk sampai ke KL Sentral seterusnya menggunakan monorail.



Antara aktiviti yang kami lakukan di Kechara Soup Kitchen iaitu membungkus, menyusun dan menyekap plastik yang berisi biskut atau roti kraker tersebut.









Menyertai Kechara Soup Kitchen untuk Kali yang Pertama

Pada 27 April 2017, kami telah mengikuti NGO berdaftar selain SFOKL iaitu Kechara Soup Kitchen di Jalan Imbi buat kali yang pertama. Kali ini agak berbeza kerana kami pergi pada waktu tengahari sampai waktu petang sahaja iaitu dari pukul 2 sehingga pukul 6. Kami 12 orang mahasiswa dan mahasiswi pun pergi menaiki bus RapidKL untuk sampai ke LRT Universiti dan seterusnya ke KL Sentral. Kali ini kami menggunakan Monorail untuk pergi ke destinasi tersebut. Apa yang mencabarkan bagi saya ialah waktu perjalanan dari Stesen Monorail ke destinasi Kechara Soup Kitchen. Hal ini kerana, bagi saya tempat tersebut agak jauh untuk berjalan kaki.

Kami pun sampai di Kechara Soup Kitchen. Kami segera mengikut arahan seperti menyimpan beg terlebih dahulu dan membasuh tangan serta menggunakan sarung tangan plastik sebelum memulakan kerja membungkus roti atau biskut kraker. Kami pun mula membungkus, menyusun dan menyekap plastik yang sudah susun menggunakan Mesin Sealing untuk plastik atau “Hand Press Sealer”. Kami semua sibuk melakukan peranan masing-masing dan mengikut arahan yang diberi. Pihak Kenchara juga ada menyediakan air mineral dan roti untuk kami semua.

Akhirnya selesai, kami pun mula mengemas dan menyimpan barang-barang tersebut. Kali ini kami balik secara berasingan kerana ada yang hendak balik terus ke Kolej Kediaman dan pergi makan terlebih dahulu. Saya, Asilah, Thanushah dan Prisilia balik bersama kerana kami hendak makan terlebih dahulu sebelum balik. 

Pada hari itu, saya merasakan waktu berlalu dengan cepat, mungkin kerana sibuk melakukan kerja-kerja tersebut. Apa yang saya dapati dengan kerjasama dari semua orang dapat mempercepatkan dan memudahkan lagi sesuatu pekerjaan itu. Itu apa yang saya lihat ketika kami menjalankan aktiviti tersebut bersama beberapa sukarelawan Kechara Soup Kitchen.


-Aisyah-

Thursday, 27 April 2017

27.4.2017 Kuala Lumpur

Kechara Soup Kitchen 

We join as volunteer for helping them to prepare the food. This one also one of the organisation of feeding the homeless but we only can book the shift for preparing the food. We went there by 2pm, and we reached there by 3.15 pm. After we reached, we started to help them for packing all the biscuits. we done almost 700 packs of biscuits. And we help them to carry and move the mineral water. We also help to clean up the place such as wipe the table and sweep the floor. 

Besides that, we got some chocolate bar and biscuits to eat when we finished our job as the person in charge gave it to us. They also gave us some drinks and they are all very friendly also. But compare to Street Feeders of Kuala Lumpur and Pertiwi Soup Kitchen, this one is more tiring but it is quite fun also and when you finished all the things, and done all the preparation you will feel very satisfy as the food you had already packed will distribute to so many homeless. Then i think it worth it no matter how tiring it is. 




Best regards,
Neo Xiu Jie
28.4.2017

26.4.2017 Kuala Lumpur

Pertiwi Soup Kitchen 

This is the first time i went to pertiwi soup kitchen as a volunteer. Everything is new to me and it was totally different with Street Feeders of Kuala Lumpur (SFOKL). I like the system there because everything is in control. They divided us to different section and after awhile we need to change the section with the others. 

The homeless there are all very nice, they follow all the rules,  they will not cut the line and they will just follow what we said. The homeless here also different with SFOKL as there are a lot more children compare to the SFOKL which only have adults. At some moment you will feel sad, touching and pity them but they feel satisfying and happy from what they get. So, this is how the life goes. We need to cherish what we have.

The organizer there also very nice and friendly. I get to try different way of food distribution and i actually having fun and enjoy in it. 


Best regards, 
Neo Xiu Jie
28.4.2017

Wednesday, 26 April 2017

Pada 19/4/2017 (Rabu), kami pelajar dari program Jerman dengan sekali lagi menyertai Sreet Feeder. Hujan turun pada hari itu dan kelihatan tidak ramai street friends semasa kita sampai di tempat tinggal mereka.

Pada hari itu, saya telah memegang 2 botol air mineral yang perlu dibagi oleh street friends, dan tiba-tiba saya teringat salah satu street friend yang pernah saya berbual-bual dengannya. Sebelum itu, lelaki ini telah mengambil sekurang-kurangnya 10 botol air mineral dan menyembunyikannya di bag kitar semulanya. Hal ini telah menyebabkan saya mengingati lelaki tersebut.

Semasa tiba di tempat tinggal street friends, saya mencari-cari lelaki tersebut. Semasa terjumpa lelaki tersebut lalu saya terus memberi air mineral di tangan saya kepadanya. Saya menyedari bahawa dia telah memotong rambutnya dan penampaiannya kelihatan lebih bersih. Disebabkan hari tersebut hujan, dia terus beredar selepas mendapatkan makanan dan terutamanya minuman.

Walaupun tidak dapat bersembang dengannya, saya berasa gembira kerana saya telah memberikan air kepada lelaki tersebut.

Yoke May

Warm hearted

Oh, It was the third time for doing Social Engagement. This time our lecturer along with another followed us to there. we went there by bus and LRT. I also meet my Lion dance troupe friends also went there for the first time. I tried my best to do all the thing, because one of my course mate was absent, so I needed to do double work. This time unfortunately it was raining. It was a great experience as our lecturer came along with another lecturer. Luckily we were able to make it there in time despite the rain and the peak hours which causes the jam. As we arrived, we were able to communicate with our lecturer to let her know how usually we carried out our social engagement. This time, due to raining, we just distribute foods in the shelter for them, and others were not there.

=Jay LZD=

Second time, got improvement...


On the 8th of March, the second time we joined the street feeders of Kuala Lumpur. Unlike the first time, this time I was feeling less awkward and less scary to begin a conversation to street friends. So, we choose the same route as last time, to Masjid Negara. This time was quite special, because we gathered in different location, under the bridge somewhere near Station LRT Pasar Seni. As we arrived at Masjid Negara, I went to approach a Malay guy and started talking about where we from and why we came here. And I found out is that uncle actually from Bukit Mertajam, Penang, and we called him Ayi as his name. He was here 7 years ago, and had a proper part-time job, that helped transporting good into the lorry. Firstly, we approached him he quite doesn’t want to accept the foods we distributed. After we have a chat with him, he started to share and accept foods from us.

            After that I approach a Chinese guy who was speaking with my other course mates there. Then one Chinese guy was try to speak with us and tell us some nonsense logic that he think was right. But we still listen to it with patient.
In my opinion, I find that different people have different think and personal thinking. It is hard to fit in. Communicating skill is important. Maybe I am the one who is introvert, too passive to approach people. and this can help me solve my problem.

=Jay LZD=

Tuesday, 25 April 2017

BARU

Pada 22 Februari 2017 yang lalu, kami pelajar program Jerman telah melaksanakan Jalinan Masyarakat kami yang pertama iaitu dengan menyertai Street Feeders of Kuala Lumpur. Kami terdiri daripada 12 orang pelajar iaitu 2 orang mahasiswa dan 10 orang mahasiswi.

Gembira. Teruja. Tertanya-tanya. Perasaan yang amat jelas dirasakan kerana sedang bersedia untuk merasai sesuatu yang baru. Ini merupakan pengalaman pertama saya untuk bertemu dengan sahabat jalanan.

Kami telah diminta untuk membawa makanan bersama kami. Pada waktu ini, saya telah diberi peluang untuk membawa makanan berat (nasi+lauk) berserta pisang dan air mineral.

Sebaik sahaja tiba di destinasi, kami mula mengagihkan makanan kepada sahabat jalanan kami. Terkejut. Takut. Terkedu. Perasaan yang berbeza mula dirasakan. Agak terkejut sewaktu sahabat-sahabat jalanan datang menuju ke arah diri ini meminta bungkusan makanan yang dipegang rapi. Situasi ini sudah dijangkakan kerana ini pengalaman yang baru.

Selepas kami selesai mengagihkan makanan kepada sahabat jalanan kami, kami diberikan sekitar 20 minit untuk berbual-bual dengan sahabat jalanan kami. Diri ini mencuba untuk mendapatkan sesuatu. Berbual-bual, ketawa bersama mahupun hanya mendengar terasa amat berbaloi. Tetapi mahupun hanya sekadar ingin mendengar, ia bukan semudah yang disangka.

Sebelum kami bersurai, salah seorang ajk Street Feeders of Kuala Lumpur bertanyakan kepada semua peserta pada malam tersebut, siapa kali pertama menyertai aktiviti kebajikan ini. Beliau bertanya lagi "Siapa first timer yang dah dapat berbual-bual dengan our Street Friends? Tak ramai kan. Don't be sad. Because my first time is same as you. We're same. Just come again and make it real."

Sewaktu kami bergerak pulang, hati ini bertekad untuk hadir sekali lagi dan mendapatkan sesuatu yang baru. Sekian sahaja coretan daripada saya. Terima kasih.

Sekian,
ASILAHADENAN

BISKUT

Pada 9 Mei 2017, Rabu, kami menyertai Street Feeders of Kuala Lumpur buat kali yang ketiga. Kami, 11 orang pelajar program Jerman bersama seorang pensyarah kami, Frau Koh Yi Chern.

Hari yang sama akan tetapi situasi kali ini agak berbeza. Malam tersebut ditemani hujan renyai-renyai. Sejuk. Tenang. Sebaik sahaja terlihat akan hujan tersebut, terlintas sejenak di fikiran beberapa persoalan. "Di mana sahabat jalanan saya berteduh?" "Berselimutkan apa mereka?" "Bagaimana mereka menghangatkan tubuh mereka?" "Bagaimana keadaan mereka?". Hurm. Agak banyak persoalan yang mencari jawapan.

Sebaik sahaja kami tiba di tempat berkumpul, sewaktu pembahagian makanan yang terdiri daripada makanan basah, roti, telur, pisang, air mineral dan saya mendapat pengalaman baru iaitu diberikan peluang untuk mengagihkan BISKUT kepada sahabat jalanan yang telah diberikan oleh pihak gereja sempena Easter Day. BISKUT yang amat comel dan menarik. Terdapat kira-kira 50 keping BISKUT di dalam kotak tersebut.

Sepanjang perjalanan bertemu sahabat jalanan kami, kami mengagihkan beberapa bungkusan makanan kepada sahabat jalanan yang kami temui. Sebaik sahaja kami tiba di destinasi, kami mendapati tidak ramai sahabat jalanan kami di sana. Kami mula mengagihkan makanan di kawasan yang dibenarkan.

Tidak lama kemudian, beberapa orang telah diberikan kebenaran untuk pergi mengagihkan makanan dan pakaian di kawasan yang dilarang tetapi dengan pimpinan ajk Street Feeder of Kuala Lumpur. Kami semua diminta untuk mengumpulkan makanan yang masi belum diagihkan. Sekali lagi saya gembira kerana diberikan peluang untuk merasai sesuatu yang baru apabila saya diminta untuk pergi bersama ke sana.

Sebaik sahaja kami tiba di sana, alangkah luluhnya hati saya apabila mendapati amat ramai sahabat jalanan kami yang berteduh di sana. Tua. Muda. Ada yang bersama anak-anak mereka. Sewaktu kami mengagihkan makanan, sebahagian daripada kami terlepas pandang bahawa di kawasan tersebut kami perlu menanggalkan kasut. Salah seorang sahabat jalanan kami telah menegur kami. Teguran beliau adalah amat sopan dan lembut.

BISKUT yang dibawa bersama pada malam itu adalah amat bermakna kerana pada malam tersebut terdapat ramai sahabat jalanan kami yang tidak mahu makanan berat dan amat mengalu-alukan kehadiran BISKUT ini.

Sewaktu kami bergerak pulang, terasa berat hati, terasa hiba, semua perasaan terasa bercampur baur. Tidak mampu diungkapkan oleh bicara. Gembira kerana diberikan peluang untuk merasai pengalaman ini. Sekian sahaja daripada saya. Akan saya kongsikan coretan seterusnya nanti. Terima kasih.


Sekian,
ASILAHADENAN

Third time of Street Feeders of KL

A Rainy Night To Remember

       This time round unfortunately it was raining. It was a great experience as our lecturer came along with another lecturer. Fortunately we were able to make it there in time despite the rain and the peak hours which causes the jam. As we arrived, we were able to communicate with our lecturer to let her know how usually we carry out our social engagement. And as usual we have a group photo first before splitting into five routes.

       So we walked to Masjid Negara from the place we gathered nearby the LRT Pasar Seni Station. First time I walked in front with the leader from KL street feeders and managed to talk to him. I find it fascinating that only just by joining a few times, it has resulted a common topic between the both of us. We just talked about our street friends and talking about the raised water level of the sewage.

       As we arrived Masjid Negara, there were less people as it was raining so some of them stand there with an umbrella and some using cardboards as umbrella. Most of them were under the shade and inside the mosque. I did not managed to have a conversation as many of them just took it and went away.

       Every time was a different experience for me. The first time I was scared to initiate a conversation while the second time I felt more comfortable and had a conversation with some homeless. This time I only managed to give out my food to a homeless which were sleeping on the way to Masjid Negara.

-PT-

Jalinan Masyarakat Kali Ketiga

       Pada 19 April 2017, kami telah mengadakan program jalinan masyarakat kali ketiga di tempat yang sama iaitu di Masjid Negara. Kami menaiki dan menggunakan bus rapidKL dan LRT. Kami bermula dengan berkumpul di UM Sentral untuk bus rapidKL. Kami juga disertai bersama Frau Koh sebagai pensyararah penyelaras. Kami mula berkumpul pada pukul 7.40 p.m di UM Sentral. Saya dan Aisyah bergegas ke UM Sentral setelah kelas Bahasa dan Komunikasi selesai.

      Selepas itu, kami semua menunggu bas rapidKL selama 30  minit. Setelah itu, kami menaiki LRT Universiti ke Pasar Seni. Seterusnya, kami semua berkumpul di tempat berkumpul para sukarelawan bersama  Street Feeders of Kuala Lumpur (SFOKL) . Kami berkumpul untuk beberapa minit bagi mendengar taklimat dari wakil SFOKL.  Seterusnya, kami berjalan kaki ke Masjid Negara.
Disebabkan cuaca tidak baik iaitu disebabkan hujan, tidak ramai golongan gelandangan di perkarangan Masjid Negara, kebanyakan mereka berlindung di kawasan luar masjid di mana kami dilarang untuk ke sana. Kami semua mengagihkan makanan, minuman, pisang dan telur Easter  kepada golongan gelandangan. Setelah selesai, kami berkumpul di tempat asal untuk bersurai. Selepas itu, kami mengambil LRT Pasar Seni untuk balik ke LRT Universiti. Kira-kira 11.20 pm, kami mengguna khidmat GrabCar untuk pulang ke Kolej Kediaman Kesembilan.  


     Akhir sekali, saya berpendapat bahawa kebanyakan golongan gelandangan masih di Masjid Negara seperti kali kedua dan pertama saya ke sana. Saya berasa bersyukur dan sedar akan nasib saya sekarang yang lebih bernasib baik daripada mereka. Walaubagaimanapun, ia bukannya alasan untuk saya memandang rendah atau menghakimi mereka, sebaliknya, kita harus membantu mereka semampu yang mungkin. 

-Fatimah-

Aktiviti Kesukarelawan yang Ketiga bersama “Street Feeders of Kuala Lumpur”. (19 April 2017)

Antara makanan yang akan diagihkan untuk golongan gelandangan. Antaranya, roti, pisang, air mineral, telur puyuh dan nasi berlaukkan kari.




Telur warna-warni yang saya sangka kan coklat rupanya telur puyuh. Telur2 ini beri oleh pihak Gereja sempena Hari Easter. Ia kelihatan sangat menarik kerana mempunyai pelbagai warna.



Hujan

Pada tarikh 19 April 2017, ialah kali yang ke-3 kami menjalankan aktiviti bersama “Street Feeders of Kuala Lumpur” (SFOKL). Pada hari tersebut ialah pensyarah kami Cik Koh Yi Chern turut ikut kami bersama. Pada hari itu juga saya berasa penat yang amat kerana baru habis membuat perbentangan untuk subjek Bahasa dan Komunikasi dan habis kelas pada pukul 7. Oleh kerana kami akan berkumpul pada pukul 7.40 maka saya dan rakan saya Fatimah mengambil keputusan untuk terus pergi ke surau dan seterusnya ke UM Sentral untuk berkumpul. Setelah kumpulan kami dan pelajar dari program Bahasa Perancis berkumpul, kami pun menaiki bas RapidKL untuk bersama-sama pergi ke LRT universiti seterusnya pergi ke Pasar seni.

Pada hari itu, jumlah orang yang menyertai aktiviti tersebut agak banyak kerana yang saya tahu Persatuan Mahasiswa Perak (PERMARAK) bersama YADIM daripada Universiti Malaya juga turut menyertai aktiviti tersebut. Setelah selesai mengagihkan makanan dan kumpulan kami pun bersama-sama pergi ke destinasi yang telah dipilih iaitu Masjid Negara.

Setelah sampai ke destinasi, apa yang saya telah lihat tidak banyak gelandangan yang ada disitu hanya beberapa orang sahaja berbanding yang saya lihat sebelum ini oleh kerana hujan yang belum berhenti. Tempat pemeriksaan kesihatan yang saya lihat sebelum ini pun tidak ada pada waktu itu. Kami pun pergi ke arah beberapa orang gelandangan yang berteduh di kanan Masjid Negara. Tiba-tiba seorang lelaki meminta pertolongan kami untuk memberikan air mineral kepada golongan gelandangan yang lain. Kami pun pergi ke kiri masjid untuk memberikan air-air mineral tersebut. Di situ kami telah berkenalan dengan seorang perempuan dari Universiti Malaya juga iaitu “Asma”. Dia pertama kali menyertai aktiviti ini dan dibawah PEMARAK. Apa yang saya musykil pada hari itu ialah dimana golongan gelandangan yang lain telah pergi? Rupa-rupanya mereka semua berteduh di atas tangga masjid negara. Pada waktu itu, jumlah makanan yang diagihkan kepada pihak gelandangan tidak mencukupi. Apa yang saya telah lihat seorang Pak Cik yang turun dari tangga itu berkata kepada salah seorang pihak SFOKL “Tak apa jika Pak Cik tak dapat makan, janji yang lain-lain tu dapat makan”. Kata-kata Pak Cik tersebut menyentuh lubuk hati saya yang paling dalam. Ternyata Pak Cik tersebut mempunyai hati nurani yang suci. Pada waktu itu juga saya mencari “Ayie” iaitu salah seorang gelandangan yang saya ceritakan pada tempoh hari, tetapi ternyata tidak ada disitu.

Kira-kira 40 minit, kami pun selesai dan balik untuk berkumpul semula. Ketika dalam perjalanan, saya berasa sakit pinggang kerana memikul beg yang agak berat kerana tidak sempat untuk pergi ke asrama untuk menyimpan barang sebelumnya. Tiba-tiba, rakan saya Neo Xiu Jie membantu saya membawa beg tersebut sepanjang perjalanan kami. Saya berasa amat berterima kasih kerana sedikit sebanyak telah meringankan beban saya pada ketika itu.

Setelah selesai berkumpul kami pun bersurai dan pergi ke Stesen LRT Pasar Seni dan seterusnya sampai ke Stesen LRT Universiti. Sementara menunggu rakan yang lain kami pun tunggu di tempat perhentian bas. Pada ketika itu saya berasa sangat penat dan beberapa kali tertidur di tempat duduk yang berdekatan. Ketika semua sudah sampai dan berbincang kami pun mengambil keputusan untuk balik ke kolej.


Saya berasa amat bersimpati terhadap golongan gelandangan pada hari tersebut. Mereka terpaksa mencari tempat berteduh dan sedangkan saya ada rumah dan asrama untuk berlindung ketika panas dan hujan berbanding mereka. Hal ini telah mengajar saya untuk lebih bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada Cik Koh Yi Chern dan rakan-rakan yang telah mengambil berat tentang keadaan saya sepanjang menyertai aktiviti tersebut. Mungkin kerana mereka melihat saya kelihatan tidak bermaya pada malam itu. Sebenarnya bukan kerana lapar tetapi kerana keletihan. Sejujurnya kali ini bagi saya kurang memuaskan dari yang sebelumnya kerana saya sukar untuk berkomunikasi bersama golongan gelandangan dek kerana cuaca yang tidak mengizinkan membuatkan mereka terpaksa berteduh disekitar Masjid Negara tersebut. Saya juga tidak dapat untuk mengambil gambar disekitar Masjid Negara dek kerana hujan yang belum berhenti. Dan pada hari itu juga saya telah menggunakan baju kurung dan ini telah menyukarkan saya untuk berjalan pada waktu itu. Segala kelemahan saya pada hari tersebut saya akan cuba baiki lagi pada aktiviti yang seterusnya nanti.

                                                           -Aisyah-

Monday, 24 April 2017

Kali Ketiga



Kali ketiga aktiviti kesukarelawan bersama ‘Street Feeders of Kuala Lumpur

Pada kali ketiga ini, kami juga melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan bersama Street Feeders 
of Kuala Lumpur. Pada pukul 7.40pm kami semua berkumpul di UM Sentral bersama pensyarah kami, Frau Koh, tetapi saya telah lewat sebanyak 20 minit untuk sampai ke UM Sentral kerana kelas telah habis lambat. Setelah itu, kami telah menunggu bas rapid di UM Sentral juga bersama rakan sekelas dan Frau Koh. Setelah menaiki bas rapid, kami menuju ke Lrt Universiti. Pada hari itu, cuaca memang tidak stabil dan masih hujan. Kami memang mengalami kesukaran untuk menuju ke destinasi kerana cuaca yang tidak stabil. Selepas sampai ke Lrt Universiti, kami semua berkumpul dan menaiki Lrt dan menuju ke Pasar Seni Stesen. Dari sana kami semua berjalan sampai ke tempat berkumpul “ basement“ seperti mana di kali pertama dan kedua kami berkumpul pada pukul 9pm. Pada hari itu, bukan ramai yang hadirkan diri kerana cuaca yang tidak stabil. Seperti biasa, sebelum memulakan aktiviti kami mengambil gambar berkumpulan bersama rakan-rakan lain dan bersama fasilitator Steet Feeders. Setelah habis bergambar kami diberi sedikit menerangan oleh Presiden tentang aktiviti ini untuk rakan-rakan yang baru menyertai aktiviti ini.


Setelah itu, kami berkumpul ikut kumpulan dengan fasilitator tersebut. Pada pukul 9.30pm kami bertolak dari tempat berkumpul dan memulakan perjalanan ke Masjid Negara. Setelah habis perjalanan sebanyak 20 minit, kami berkumpul di sana dan mulakan aktiviti kesukarelawan kepada golongan gelandangan. Malangnya, pada hari itu sebahagian golongan gelandangan tidak ada di Masjid Negara kerana cuaca hujan. Ramai yang menempatkan tempat tidur di sebuah bangunan kecil untuk berehat. Kami dapat memberikan makanan yang ada di lokasi tersebut sahaja. Kami juga tidak dapat untuk berinteraksi dengan golongan gelandangan kerana ramai yang tidak berada di sana. Setelah kami habiskan masa selama 20 minit di sana, kami bertolak pada pukul 10.15pm dan menuju ke tempat berkumpul pada pukul 10.35pm. Setelah sampai kami bersurai dan berinteraksi dengan fasilatator dan pulang ke Kolej Kediaman Kesembilan pada pukul 11.30pm.  

priscilia           

Pengalaman menyertai aktiviti Sukarelawan SFOKL bagi Kali Ketiga (19 / 4 / 2017)

     Salam sejahtera, di sini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya menjadi sukarelawan bagi 'Projek Caring towards Homeless People' bagi kali ketiga. Saya bersama dengan rakan saya Priscilia tidak dapat hadir ke destinasi yang kami sepatutnya menunggu untuk bas tepat pada masanya. Hal ini kerana, kami berdua habis kelas pukul 7.05 pm dan kami sepatutnya tunggu untuk bas (bersama rakan-rakan German dan Frau Koh) pada pukul 7.15 pm. 

     Kami telah sampai lambat iaitu pada pukul almost 7.50 pm. Frau Koh buat pertama kalinya menyertai rombongan kami untuk aktiviti ini. Kami merasa sangat gembira akan kedatangan beliau bersama kami. Selepas menaiki bas, kami telah sampai ke LRT KL Gateway. Rakan kami Jay telah membatu kami untuk membeli tiket LRT. 
      
      Kami bersama Frau Koh sampai ke destinasi pada pukul hampir 9 malam. Nasib baik kerana aktiviti tersebut masih belum dimulakan lagi pada masa tersebut kerana ajk SFOKL terpaksa tunggu untuk para sukarelawan yang lain. Hujan pada masa itu telah sedikit menyukarkan pergerakan kami untuk sampai ke destinasi.
 
     Pada pukul lebih kurang 9.20 pm, kami telah sampai ke destinasi golongan gelandangan. Malangnya, tiada ramai orang yang berada di sana disebabkan hujan. Namun, kami tetap menjalankan aktiviti ini bagi menghilangkan kelaparan golongan gelandangan pada malam tersebut. 

      Apa yang dapat saya perhatikan adalah, semakin hari makin kurang golongan gelandangan di kawasan Masjid Negara. Hal ini bermaksud, masyarakat di negara Malaysia semakin maju dalam kehidupan mereka. Saya berharap bahawa golongan gelandangan akan diberi layanan yang baik dan sewajarnya oleh masyarakat sekitar. Sekian, terima kasih.

-tshah-


Pengalaman menyertai aktiviti Sukarelawan SFOKL bagi Kali Kedua (8 / 3 / 2017)

     Hello semua, hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman kali kedua saya menyertai 'Street Feeders of Kuala Lumpur'. Kami telah menaiki LRT untuk sampai ke lokasi tersebut. Kami telah mengambil gambar bersama dengan para sukarelawan yang lain sebelum aktiviti tersebut dimulakan. 

     Selepas itu, kami diagihkan ikut kumpulan bagi menuju ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak ajk SFOKL. Saya bersama dengan rakan-rakan program German saya telah mengambil bekal  makanan bagi dihulurkan kepada golongan gelandangan. Kami telah memulakan perjalanan apabila diberi arahan oleh ajk SFOKL. Bagi memastikan keselamatan para sukarelawan, setiap kumpulan akan dipantau oleh 2 ataupun 3 kordinator sepanjang perjalanan kami hingga sampai ke destinasi yang ditujui.

    Setelah kami sampai ke destinasi di mana golongan gelandangan berada, seperti biasa kami diberikan sedikit pesanan dan nasihat mengenai apa yang para sukarelawan boleh buat di kawasan tersebut ataupun tidak. Saya bersama rakan-rakan telah terserempak dengan seorang gelandangan yang bernama Ayie. Beliau berumur 31 tahun. Beliau seorang yang pandai berjenaka dan kami telah mengadakan perbualan dengan dia selama lebih dari 30 minit. 

     Rakan-rakan saya telah memberi makanan kepada Ayie dan beliau terlalu gembira kerana ada juga insan yang masih menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada beliau. Kami sekumpulan telah melalui satu malam yang indah kerana kami dapat mengenali erti penghargaan dan hubungan kekeluargaan daripada hasil cerita ynag dikongsi oleh Ayie.

    Setelah selesai memberi makanan kepada golongan gelandangan di sana, kami mula bergerak ke tempat di mana kami berkumpul dulu. Dalam perjalanan balik, kami telah menyaksikan ajk SFOKL bertungkus-lumus memberi makanan kepada mereka yang tidur di tepi jalanraya. Peristiwa sebegitu telah menyedarkan kami akan kepentingan bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan kehidupan yang sempurna sebegini. Sekian, terima kasih. 
-tshah-

Saturday, 22 April 2017

          Pada 19 April 2017, kami telah melaksanakan program jalinan masyarakat kali ke-3 di bawah kerjasama Badan Bukan Kerajaan iaitu Street Feeders of Kuala Lumpur. Cuaca pada malam itu kurang baik kerana hujan renyai-renyai. Kali ini, kami pilih semula Route A---Masjid Negara. Dalam perjalanan ke Masjid Negara, kami telah menemui beberapa orang gelandangan yang tidur di tepi jalan bawah satu bangunan tertutup. Dengan ini, kami beberapa orang terus memberikan bekalan makanan kepada mereka.

        Setibanya kami di destinasi tersebut, kelihatan sesetengah gelan Setibanya kami di destinasi tersebut, kelihatan sesetengah gelandangan sedang menunggu kita di bawah tempat dan bumbung tertutup. Keladangan tersebut memegang payung dan menunggu ketibaan kita dengan penuh kesabaran walaupun hujan melanda di muka bumi pada hari itu. Setelah menerima arahan daripada pihak atasan, kami telahpun mula mengagihkan bekalan makanan dan barang keperluan harian kepada para keladangan. Walaubagaimanapun, kami semua tidak berkesempatan untuk berinteraksi dgn para keladangan atas faktor cuaca yang tidak diizinkan. Selanjutnya, walaupun pengalaman pada kali ini tidak banyak memberikan input baru,namun kami tetap berharap golongan masyarakat umum yang lain tetap dapat menaruh perasaan simpati dan empati yang tidak terhingga terhadap geladangan di Masjid Negara dan turut sanggup menghulurkan bantuan kepada golongan masyarakat daif di seluruh Malaysia pada zaman yang serba moden ini. Dengan ini, kami doakan yang terbaik untuk lawatan geladangan yg seterusnya pd masa depan.

Sekian,


Tan Yan Tung

Friday, 21 April 2017

                                                                                                                   19/4/2017, Kuala Lumpur

This was my second time joining as volunteer in Street Feeders of KL. Its still fun actually and its raining. Feel exhausting but in the same time having fun also. That day we dont really have chance to talk to the homeless but i do met two very nice person, they helped us to carry the boxes and they told me that they are from China and that was the first time they been there. They are the students from UM also and i do met a homeless woman there, and she was a little bit not happy by that day as we had been telling that the "Easter Eggs" were made in chocolate from the organizer but actually its not so after the woman ate it she realized that was not chocolate she was unhappy and complaining but we do said sorry to her because its partly our fault also as we didnt check it properly. But i will take it as a lesson so that next time when we want to distribute the foods, we check first. 


Best regard, 
Neo Xiu Jie 
22/4/2017