Showing posts with label homeless people. Show all posts
Showing posts with label homeless people. Show all posts

Thursday, 18 May 2017

Pengalaman menyertai aktiviti Sukarelawan SFOKL bagi Kali Kelima (17 / 5 / 2017)

      Selamat sejahtera semua. Hari ini saya akan berkongsikan tentang pengalaman saya menyertai SFOKL buat kali kelima. Wow, sudah lima kali saya menjadi seorang sukarelwan (bersama SFOKL)! Ia merupakan antara masa dan pengalaman yang tidak akan dapat ku lupakan. Setiap masa yang ku habiskan bersama rakan-rakan seprogram saya di sana, akan ku ingat hingga selamanya. 
     
      Pada hari Rabu yang lepas, kami kumpulan Program telah bertolak dari Universiti kami pada pukul lebih kurang 8 malam. Kami telah menaiki bus bagi pergi ke KL Sentral untuk menaiki LRT. Destinasi kami terletak di Pasar Seni dan kami sampai di sana pada pukul lebih kurang 9 lebih. 

    Aktivi pemberian makanan belum dimulakan kerana ajk SFOKL menunggu untuk beberapa sukarelawan dari university-university lain. Tepat pada pukul 9.40 kami mula bergerak ke Masjid Negara. Ianya merupakan tempat yang biasa kami pergi bagi mendistribusikan makanan kepada golongan gelandangan. 

      Setelah kami sampai di sana, seperti biasa kami diberi sedikit taklimat tentang 'Do & Dont's ' oleh ajk yang bernama Syahirah. Selepas itu, kami mula memberikan makanan kepada golongan gelandangan di sana.
   
      Pada pukul 11 malam lebih, aktiviti itu telah habis dan kami bertolak dari sana untuk balik ke University kami. Seperti biasa kami telah menaiki LRT dan GrabCar dari sana ke universiti.

-tshah-

Monday, 24 April 2017

Pengalaman menyertai aktiviti Sukarelawan SFOKL bagi Kali Kedua (8 / 3 / 2017)

     Hello semua, hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman kali kedua saya menyertai 'Street Feeders of Kuala Lumpur'. Kami telah menaiki LRT untuk sampai ke lokasi tersebut. Kami telah mengambil gambar bersama dengan para sukarelawan yang lain sebelum aktiviti tersebut dimulakan. 

     Selepas itu, kami diagihkan ikut kumpulan bagi menuju ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak ajk SFOKL. Saya bersama dengan rakan-rakan program German saya telah mengambil bekal  makanan bagi dihulurkan kepada golongan gelandangan. Kami telah memulakan perjalanan apabila diberi arahan oleh ajk SFOKL. Bagi memastikan keselamatan para sukarelawan, setiap kumpulan akan dipantau oleh 2 ataupun 3 kordinator sepanjang perjalanan kami hingga sampai ke destinasi yang ditujui.

    Setelah kami sampai ke destinasi di mana golongan gelandangan berada, seperti biasa kami diberikan sedikit pesanan dan nasihat mengenai apa yang para sukarelawan boleh buat di kawasan tersebut ataupun tidak. Saya bersama rakan-rakan telah terserempak dengan seorang gelandangan yang bernama Ayie. Beliau berumur 31 tahun. Beliau seorang yang pandai berjenaka dan kami telah mengadakan perbualan dengan dia selama lebih dari 30 minit. 

     Rakan-rakan saya telah memberi makanan kepada Ayie dan beliau terlalu gembira kerana ada juga insan yang masih menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada beliau. Kami sekumpulan telah melalui satu malam yang indah kerana kami dapat mengenali erti penghargaan dan hubungan kekeluargaan daripada hasil cerita ynag dikongsi oleh Ayie.

    Setelah selesai memberi makanan kepada golongan gelandangan di sana, kami mula bergerak ke tempat di mana kami berkumpul dulu. Dalam perjalanan balik, kami telah menyaksikan ajk SFOKL bertungkus-lumus memberi makanan kepada mereka yang tidur di tepi jalanraya. Peristiwa sebegitu telah menyedarkan kami akan kepentingan bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan kehidupan yang sempurna sebegini. Sekian, terima kasih. 
-tshah-

Friday, 24 February 2017

Pengalaman menjadi Sukarelawan bagi Projek "Caring towards Homeless People" (22 / 2 / 2017)

      Salam sejahtera, saya merupakan salah seorang mahasiswi yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa dan Linguistik Jerman di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bagi tahun 2017, kami dikehendaki menjalankan satu projek bagi melengkapkan kursus universiti yang bertajuk 'Jalinan Masyarakat'. Maka, kami seramai 12 orang pelajar telah merancang untuk menjalankan projek memberi makanan kepada golongan gelandangan di sekitar kawasan Petaling Jaya dan Lembah Klang, Selangor. Kami membuat keputusan untuk menjalankan projek ini kerana kami berharap agar dapat membantu golongan gelandangan yang sering mengakhiri malam mereka dalam kelaparan hampir setiap hari. Kami berharap sekurang-kurangnya melalui projek kami ini, dapat memberi makanan yang sihat dan sedap kepada golongan tersebut walaupun hanya untuk sehari atau dua. 
      
      Pada hari 22 Februari 2017 lepas, kami pelajar dari kumpulan Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis telah bergabung dengan salah sebuah pihak bukan kerajaan (NGO) yang bernama Street Feeders of Kuala Lumpur untuk memberi makanan dan minuman kepada golongan gelandangan yang terdapat di segelintir kawasan Petaling Jaya. Kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi buat pertama kalinya dapat merasai pengalaman bekerjasama dengan masyarakat dari pelbagai latar belakang semasa menjalankan projek ini.

      Pada malam di mana projek itu dijalankan, saya sebagai insan telah sedar akan kepentingan menghargai segala pemberian Tuhan kepada saya. Saya juga telah memahami perasaan dan masalah yang sering dihadapi oleh golongan gelandangan tersebut. Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan terima kasih kepada pihak NGO tersebut kerana telah membenarkan kami menyertai projek mereka. Sekian, Terima Kasih. 

-tshah-