Pada
30 April yang lalu, kami sekali lagi pergi ke Pertiwi Soup Kitchen. Tidak sabar
untuk menimba pengalaman yang baru lagi pada waktu itu. Kami pun menaiki LRT
seterusnya menggunakan Monorail untuk pergi ke Medan Tuanku. Ketika kami
melalui jalan lorong menuju ke lokasi Pertiwi perasan takut itu berkurang
berbanding dengan waktu pertama kali tetapi kami tetap harus berhati-hati dan
peka dengan kawasan sekeliling.
Pada
malam itu, terdapat banyak sukarelawan yang terdiri daripada yang berkeluarga
datang membantu memandangkan pada hari itu ialah hari Ahad. Mereka juga banyak
membawa makanan, minuman dan baju-baju terpakai untuk diberikan kepada golongan
gelandangan. Apabila lori pihak Pertiwi datang, kami pun mula menyusun makanan
diatas meja yang disediakan. Oleh kerana banyak sukarelawan yang datang
membantu, kami pun selalu bertukar tempat supaya semua sukarelawan dapat
pengalaman yang sama ketika mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan
pada malam itu.
Syukur,
kerana semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah yang timbul pada hari
tersebut. Walaupun berasa penat tetapi bagi saya berbaloi kerana dapat membantu
mengagihkan makanan kepada golongan gelandagan yang memerlukan bantuan dan
keprihatinan daripada masyarakat. Perkara yang saya tidak dapat lupakan malam
itu ialah ketika saya sedang mengagihkan makanan tiba-tiba salah seorang wanita mengucapkan terima kasih sambil mendoakan agar kami dimurahkan
rezeki atas makanan yang diberi. Bagi kita mungkin itu tidak ada apa-apa tetapi
bagi mereka itu sudah cukup membuatkan mereka berasa bersyukur dengan rezeki
yang telah diberikan.
-Aisyah-
No comments:
Post a Comment