Pertiwi Soup Kitchen
Pada 8 Mei 2017,
Priscilla, Pris dan saya telah melibatkan diri dalam Pertiwi Soup
Kitchen. Ini merupakan pengalaman pertama bagi saya. Perjalanan ke destinasi
tersebut adalah lebih jauh tetapi saya berpeluang untuk menikmati pemandangan
di sepanjang jalan.
Selepas semua kerja
persediaan telah dilengkapi, mereka bersedia untuk membuka pintu dan memberi
para gelandangan masuk ke dalam untuk mendapatkan makanan dan minuman. Persatuan ini dalah lebih
sistematik. Para gelandangan perlu bersusun dalam beberapa garisan. Garisan
pertama adalah kanak-kanak, garisan kedua adalah wanita, garisan ketiga adalah
orang tua dan garisan terakhir adalah lelaki. Garisan pertama akan menerima
makanan dan air minuman mereka begitu juga dengan garisan lain. Cuaca pada hari
itu adalah panas. Mereka dapat juga satu aiskrim.
Saya berpeluang
untuk menyediakan minuman kepada golongan gelandangan. Pada hari itu, terdapat
seseorang wanita yang berpengalaman memberi panduan kepada saya.Golongan
gelandangan pada hari itu banyak dan saya telah menyediakan banyak cawan air.Walaupun
tanggungjawab ini adalah ringan tetapi kami perlu sentiasa memerhati keadaan di
sana.
Melalui Pertiwi,
saya dapat belajar untuk bekerjasama dengan sukarelawan yang lain dan saling
membantu antara satu sama lain. Saya amat berpuas hati dengan pengalaman yang
istimewa ini.
Yan Tung
No comments:
Post a Comment