Kali Pertama Pertiwi Soup Kitchen
Pada hari 7 Mei 2017, saya menyertai aktiviti
kesukarelawanan dengan organisasi bernama Pertiwi Soup Kitchen pada kali
pertama. Aktiviti ini mengikut peralihan yang tertentu dan pada hari-hari
berikut sahaja, iaitu hari ahad, isnin, rabu, dan jumaat. Saya dan 3 rakan
sekelas saya menyertai akitivit ini pada hari ahad. Kami bertolak pada pukul 7pm
dan menaiki bus rapid di perhentian bus sebelah kolej Mahsa. Setelah menaiki,
kami turun di stesen LRT universiti dan menaiki LRT pada pukul 7.15pm. Selepas
itu, kami sampai ke KL sentral dan terus menaiki monorail. Kami mengambil
monorail dan menuju ke Medan Tunku. Perjalanan itu mengambil kira-kira 20 minit
untuk sampai ke Medan Tunku. Kamipun sampai di destinasi tersebut pada pukul
8.30pm.
Selepas itu, kamipun terus pergi ke destinasi
tempat itu tetapi pada masa itu tidak ada orang yang telah sampai selain kami
dan sedikit golongan gelandangan. Oleh itu, kami pun tunggu di satu tempat
sampai organisasi tersebut untuk sampai di sana. Setelah 30 minit, mereka
sampai dan pintu utama telah dibuka. Pada masa itu, cuaca tidak begitu selesa
kerana hujan lebat. Oleh itu, mereka membenarkan semua orang termasuk golongan
gelandangan masuk ke dalam sebagai tempat perlindungan. Setelah itu, mereka menyediakan
meja-meja dan makanan-makanan untuk pengedaran. Saya dan 3 rakan saya membantu
mereka untuk menyediakan sedikit makanan di atas meja-meja di sana. Selepas itu,
kami diberi tugasan sebagai ‘runner’. Tugasan itu ialah kami harus berdiri
dalam satu barisan dan apabila kanak-kanak hendak mengambil makanan, runner
tersebut mesti bantu kanak-kanak itu dengan mengambil makanan mereka. Selepas itu,
mereka disuruh tukarkan tugasan dengan orang lain. Jadi saya mendapat
kesempatan untuk menghidangkan minuman iaitu kopi kepada mereka. Pengalaman
tersebut sangat baru untuk saya dan ia memang menyeronokan.
Setelah pengedaran habis, kami pun mengambil
gambar dan bertolak pada pukul 10.30pm. Setelah itu, kami sampai di kolej pada
pukul 11.30pm. Saya mendapat banyak pengalaman baru kerana saya dapat jumpa ibu
bapa, orang tua, pemuda, kanak-kanak dan bayi. Saya dapat melihat pelbagai
golongan gelandangan seperti berikut.
-pris-
No comments:
Post a Comment