Monday, 8 May 2017

RUNNER

Hari ini, 28 April 2017 sekali lagi saya melibatkan diri dalam satu organisasi yang baru iaitu PERTIWI SOUP KITCHEN. Kami: saya, Tanushah dan Aisyah bertolak ke sana dengan menaiki kenderaan awam iaitu bas, lrt dan monorel. Sebaik sahaja kami tiba di sana, kami agak bimbang apabila terdapat ramai orang duduk di tepi jalan dan melihat ke arah kami. Tetapi baru kami tahu, mereka tahu kami ialah volunteers. Bagi mereka sekiranya ada volunteers, maka makanan mereka telah tersedia.

Terdapat satu kawasan berpagar dengan kabin yang berwarna-warni iaitu tempat PERTIWI beroperasi. Kami hadir ke sana lalu memberitahu mereka bahawa kami merupakan volunteers, mereka menjemput kami masuk ke dalam. Pada malam ini, terdapat pelajar pelajar dari beberapa institusi lain iaitu pelajar UNIVERSITY MALAYA -WALES INSTITUTE dan beberapa pelajar Universiti Malaya yang lain.  

Pada malam ini, saya telah diberi peluang untuk berkhidmat sebagai RUNNER. Tugas RUNNER ialah menghulurkan bantuan dengan mengambil makanan untuk para kanak-kanak. Kami dikehendaki mengambilkan makanan untuk mereka di setiap stesen makanan yang terdiri daripada nasi, lauk, roti, biskut, air kotak dan air sirap. Kami jugak dikehendaki memegang tangan mereka sepanjang menjalankan tugas.

Saya juga diberi peluang untuk mengagihkan makanan di trak makanan. Perjalanan aktiviti pada malam ini amat memuaskan. Sekian sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.

AsilahAdenan

No comments:

Post a Comment