Sunday, 7 May 2017

Kali keempat Street Feeders of KL

Kali-4 Street Feeders of KL

Pada hari bulan 3 May 2017, kami program jerman telah menyertai aktiviti kesukarelawan Sreet Feeders of KL kali yang keempat. Kami semua bertolak dari Um sentral sekiranya pada pukul 8.15pm dengan menaiki bas rapid. Setelah kami sampai ke stesen Univeristi, seperti biasanya kami menaiki LRT dan tiba di stesen pasar seni. Apabila dah sampai kami berjalan selama 5 minit untuk sampai ke tempat berkumpul di sana. Kami sampai di sana sekiranya 9pm tetapi masih yang ramai belum sampai. Kami semua telah menunggu seketika dan selepas beberapa minit kami semua kumpul dan mengambil gambar berkumpulan.

Pada pukul 9.20pm kami pun bergerak ke destinasi yang biasa, Masjid Negara. Setelah 20 mint perjalanan kami tiba di Masjid Negara. Di sana tempat itu biasanya gelap dan tidak begitu terang tetapi pada hari itu, tempat itu sangat terang dan kami nampak banyak golongan gelandangan daripada biasa. Sekiranya 70 orang gelandangan. Oleh itu, selepas kami memberi makanan dan minuman kepad mereka, kami mendapat kesempatan untuk berinteraksi dengan mereka.

Saya telah berinteraksi dengan 3 golongan gelandangan. Pertamanya, saya dan rakan lain berkomukasi dengan seorang lelaki umurnya 30-an dan dia berkongsi tentang kehidupanya. Seterusnya, saya dapat berkomunikasi dengan seorang lelaki tua 50-an yang berbangsa india. Beliau dapat berkomunikasi dengan saya dengan mudah kerana saya dapat faham apa yang diberitahunya. Pada hari itu ialah hari yang cukup baik dan dapat pengalaman yang baru juga. Seletah dah habis masa, kami pun bergerak ke desinasi kami di tempat kumpulan dan kami program jerman bertolak dari sana dan tiba ke kolej sekiranya pada pukul 11.40pm.

-pris-  

No comments:

Post a Comment