Saturday, 20 May 2017

Street Feeders of KL kali Kelima

Pada 17 Mei 2017, saya dan rakan-rakan yang lain bertolak dari UM Sentral pada 7.30 p.m menaiki bas  rapidKL dan menuju ke LRT Universiti. Selepas itu, kami mengambil LRT untuk ke LRT Pasar Seni. Seperti biasa, kami berkumpul di kawasan pengumpulan sukarelawan bagi aktiviti SFOKL.
Terdapat ramai sukarelawan dari universiti berbeza iaitu Universiti Monash dan Universiti Sunway. Kami diberi sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti kami.

Kami diagihkan makanan untuk diberi kepada golongan gelandangan kelak. Selepas itu, kami berjalan kaki ke Masjid Negara, Ketika di Masjid Negara, saya dapati lampu yang dipasang semakin banyak dan cerah, dan sangat silau bagi saya, membuat saya berfikir bagaimana golongan gelandangan ini mahu tidur di malam hari dengan lampu yang secerah itu.

Seterusnya, kami semua mula memberi makanan kepada golongan gelandangan. Selepas itu, saya dan rakan-rakan saya berjumpa dengan seorang pakcik melayu, kami semua bersila di depan dia dan mendengar cerita dia, pada pendapat saya, pakcik ini seorang yang berilmu kerana cara percakapannya yang teratur dan fasih. Dia menceritakan tentang kehidupan dia di mana dia sudah tidak berpulang ke kampung halaman kerana perselisihan faham di antara ahli keluarga, dia juga bercerita tentang masalah dadah dan rasuah. Selain itu, pakcik juga memberitahu bahawa dia pernah bekerja di kilang sewaktu zaman muda dia.

Akhir sekali, sebelum kami tamatkan aktiviti kami, saya bertanya bagaimana bulan puasa dan raya nanti dan pakcik berkata dia hanya akan berpuasa dan raya di KL sahaja. Dia juga nasihatkan kami apabila kami berjaya nanti, janganlah jadi manusia yang sombong. Selepas itu, kami bertolak pulang ke Kolej Kediaman Kesembilan.

Pada SFOKL kali kelima ini, saya berasa sangat bersyukur dapat berjumpa dengan pakcik tersebut, dia banyak menceritakan pengalaman dan nasihat kepada kami. Saya berharap, jika ada masa dan peluang, saya akan menyertai SFOKL di masa hadapan dan juga dapat menimba pengalaman yang baru.

-fatimah-

No comments:

Post a Comment