Saturday, 6 May 2017

Pengalaman Kali Keempat (SFOKL)

Pada 3 Mei 2017, kami semua telah pergi ke Street Feeders of Kuala Lumpur (SFOKL) untuk kali yang keempat. Saya bersyukur kerana cuaca pada malam tersebut cukup baik untuk kami menjalankan aktiviti kesukarelawan tersebut. Kami semua menaiki bas RapidKL seterusnya ke Stesen LRT Universiti untuk pergi ke Stesen LRT Pasar Seni. Kami telah pun sampai ke tempat semua sukarelawan yang lain berkumpul dan pada malam tersebut kelihatan tidak begitu ramai sukarelawan yang datang daripada hari-hari yang kami telah pergi sebelumnya.

Kami telah memilih untuk pergi ke Masjid Negara dan diagihkan makanan untuk diberikan kepada golongan gelandangan di lokasi yang kami telah pilih. Seterusnya kami pun mula pergi bersama-sama. Ketika hampir sampai ke lokasi tersebut, saya berasa terkejut kerana terdapat banyak lampu yang dipasang di sekitar Masjid Negara. Bagi saya lebih mudah untuk mengagihkan makanan dan melihat wajah-wajah golongan gelandangan berbanding dengan yang sebelumnya.

Ketika kami mula masing-masing mengagihkan makanan, tiba-tiba seorang Pak Cik datang kearah saya untuk meminta makanan yang telah saya bawa. Saya pun berikan makanan tersebut kepada Pak Cik dan dia mengucapkan terima kasih dengan sekuntum senyuman. Hari tersebut saya berpeluang untuk berbual dengan seorang wanita yang bernama Kak Manja. Dia kelihatan sangat peramah ketika kami sedang berbual. Dia telah menceritakan tentang pengalaman hidupnya dan tentang baju dan beg yang dia telah dapat. Dia kelihatan sangat gembira atas semua pemberian tersebut.

Ketika kami sedang melihat kawasan sekeliling tiba-tiba seorang lelaki datang kearah kami dan bertanyakan tentang gitar yang selalu dimainkan oleh penyanyi jalanan. Seterusnya tentang ekonomi Malaysia, wayang kulit dan opera Cina. Kami yang mendengar cuba untuk memahami apa yang dia cuba sampaikan. Walaupun kami tidak faham tetapi dia sangup untuk mengulang lagi kata-katanya yang sebelumnya. Saya berasa hairan dengan topik yang dia cuba sampaikan dan ketika saya memandang kebawah dia langsung tidak memakai kasut atau selipar. Saya cuba untuk berfikiran positif untuk tidak menilai seseorang itu dari luarannya tetapi tiba-tiba Kak Manja datang dan memberi tahu bahawa dia sebenarnya mengalami masalah sakit mental. Ternyata tekaan saya tepat dan saya cuba untuk memberitahu rakan saya Fatimah tetapi dia sedang leka mendengar cerita daripada lelaki tersebut. Kira-kira 30 minit berlalu kami pun berkumpul di sudut sekitar Masjid Negara dan melakukan sedikit sesi pengkongsian tentang pengalaman pada malam tersebut. 

Bagi saya, pengalaman berbual dengan orang yang mengalami sakti mental pada malam itu tidak dapat dilupakan. Saya tidak sangka kerana dari segi penampilan lelaki tersebut kelihatan agak kemas. Saya bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang saya pelajari ialah cara untuk mengawal emosi ketika menghadapi orang yang mengalami masalah sakit mental kerana bahaya jika kita berkelakuan serta bercakap dengan kasar terhadap mereka. Akhir sekali dari aktiviti kesukarelawan ini saya berasa semakin bersyukur dengan keselesaan dan nikmat yang diberikan oleh Tuhan kepada saya. Dengan kudrat yang kita ada tidak salah untuk membantu mereka paling kurang kita boleh menjadi pendengar yang baik kepada mereka serta mengambil berat tentang golongan seperti ini.


-Aisyah-

No comments:

Post a Comment