Pada 22hb Februari 2017, saya dan rakan sekelasnya dari Program Bahasa Jerman telah
melaksanakan Kursus Jalinan Masyarakat kali pertama dengan pelajar dari Program Bahasa Perancis. Kami telah menyertai aktiviti kesukarelawan di bawah Badan Bukan Kerajaan iaitu "Street Feeders of Kuala Lumpur " atau lebih dikenali (SFOKL). Saya dan satu lagi rakan yang bernama Jay telah menaiki kereta Grab dari UM Sentral ke University Station (Lrt) bersama rakan - rakan dari Program Bahasa Perancis ke Pasar Seni Station (Lrt). Rakan -rakan yang lain dari Program Bahasa Jerman telah menaiki dua buah kereta rakannya ke lokasi yang ditetapkan. Setelah tibanya di Pasar Seni Station (Lrt), kami telah berkumpul disitu dan berjalan ke Clock Tower iaitu tempat berkumpul semua sukarelawan (SFOKL). Pada ketika itu, saya rasa terkejut dan gembira kerana melihat beratusan sukarelawan yang bersedia untuk membantu dalam program ini. Kami menunggu selama 5-10 minit disitu kerana fasilitatornya belum tiba. Selepas itu, fasilitator datang dan memberi sedikit bimbingan serta berterima kasih kepada semua sukarelawan kerana sudi meluangkan masa dalam program pada malam ini. Kami telah diarahkan untuk berkumpul di checkpoint yang dihendaki pergi. Kami dan rakan- rakan dari Program Bahasa Perancis memilih Checkpoint A iaitu Laluan ke Pasar Seni dan Dataran Merdeka. Kami telah diberi bekal makanan dan sebotol air mineral untuk diberi nanti.
Perjalanan kami mengambil masa sebanyak 20 minit kerana lokasinya agak jauh . Setelah tibanya, kami diberi sedikit taklimat tentang cara berkomunikasi seperti jika terdapat gelandangan yang tidur, jangan bangunkan , jangan bertanya pekerjaan mereka, mengapa kamu disini? dan lain-lain lagi.Kami diberi 45 minit untuk berkomunikasi dengan mereka. Perasaan saya pada masa itu, takut sekali kerana semuanya nampak muka masam. Akhir sekali, dapat jugalah saya memberi bekal makanan dan sebotol air kepada seorang pak cik. Pak cik tesebut nampak dalam lingkungan umur 50-65 tahun. Pengalaman pertama bagi saya, jadi saya tidak tahu cara permulaan berkomunikasi dengan gelandangan. Jadi saya cuma bertanya , apa khabar...pak cik ? makanlah.... pak cik.. dan pak ciknya terus balas dengan muka senyum berkata terima kasih adik. Saya tidak dapat komunikasi lama kerana Pak cik memberitahu hendak pergi ke tandas untuk mencuci tangan.
Selepas itu, saya mendekati seorang lagi pak cik ketika itu pak cik itu berkata "adik... pak cik tak suka interview- interview ini semua yea........" dan saya berminta maaf lalu ke kawan saya yang lain berkomunikasi dengan gelandangan . Saya tidak memahami kerana mereka berkomunikasi dalam Bahasa Cina dan tibalah waktu untuk balik .Selepas itu, kami bergerak ke Dataran Merdeka dan fasilitator mendapati bahawa gelandangan disitu terlalu kurang. Oleh itu, kami diarahkan hanya sepuluh orng sahaja diperlukan untuk memberi makanan dan yang lain berkumpul di hadapan Dataran. Kami diberi satu ceramah yang pendek berkaitan sukarelawan, bagaimana projek ini dijalankan, bila projek ini mula dibuat, bagaimana mereka mendapat idea untuk menubuhkan badan ini dan lain-lain lagi sementara menunggu sepuluh orang tersebut memberi makanan kepada gelandangan. Akhirnya , semua makanan dan minuman yang dibawa telah pun habis dan kami berkumpul untuk mengambil gambar dan balik ke lokasi asal (Clock Tower ) dan balik ke Kolej Kediaman masing-masing
Saya berasa gembira kerana kali pertama saya menjadi sukarelawan untuk membntu golongan gelandangan melalui Kursus Jalinan Masyarakat ini. Saya juga berasa gembira apabila melihat sukarelawan yang lain turut hadir pada malam itu kerana sanggup berkorban masa untuk melakukan aktiviti yang berfaedah ini . Kebanyakkan mereka dalam lingkungan umur 20-30 atau boleh dikatakan pelajar yang terlalu ramai . Mereka sudi datang untuk membantu golongan gelandangan ini memang dikatakan tahniah kepada mereka berbanding yang lain diluar sana membuang masa dengan aktivit yang tidak berfaedah. Selepas melihat gelandangan - gelandangan disitu, saya juga berasa syukur kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana saya mempunyai dan mendapati semua keperluan asas dan juga mempelajari pengajaran iaitu " Janganlah kita selalu berkomen atau mencari kesalahan apa-apa keperluan yang kita dapati daripada ibu bapa mahupun sesiapa sahaja ". Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan kedua-dua ibu bapa .
-RAJ-
No comments:
Post a Comment