Pada hari 26/5/2017 (Rabu), saya, Xiu Jie dan Jin Ting telah melibatkan diri sebagai sukarelawan bagi organisasi Pertiwi Soup Kitchen di Medan Tuanku. Kami pergi ke sana dengan menggunakan kereta.
Setelah tiba di destinasi yang pertama. Kelihatan beberapa sukarelawan dari Universiti Monash telah tiba di sana. Kita tidak tahu apa yang perlu kita lakukan pada masa itu. Kemudian, salah satu krew Pertiwi telah memberitahu apa yang kita boleh lakukan. Tanggungjawab kita ialah memberi golongan gelandangan kopi atau minuman. Antara arahan yang diberi kepada kita ialah kita tidak boleh memberikan kopi kepada kanak-kanak bagi mengelakkan kanak-kanak mengalami insomia. Selain itu, kita perlu bertanya golongan gelandangan bahawa mereka hendak minuman 'kopi panas' atau 'sirap ais'. Semasa mengagihkan minuman kepada golongan gelandangan, saya mendapati bahawa wanita akan memilih sirap dan lelaki akan memilih kopi.
Selepas sejam, kita bertolak ke destinasi kedua. Kali ini, saya dan Jin Ting bertanggungjawab untuk mengagihkan roti kepada golongan gelandangan dan Xiu Jie bertanggungjawab untu mengagihkan coklat kepada golongan gelandangan.
Hari ini saya mendapati terdapat banyak budak-budak. Saya berasa sakit hati terhadap budak-budak tersebut. Pada masa yang sama, saya juga berasa bersyukur terhadap kehidupan saya. Hari ini, saya berasa sangat letih, tetapi saya berasa gembira kerana dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan.
Yoke May
No comments:
Post a Comment