Tuesday, 9 May 2017

27/4/17(Khamis) - Kechara

Hari ini, kita melibatkan diri sebagai sukarelawan bagi organisasi KECHARA. Selepas kuliah telah tamat. Ahli kumpulan kita terus bertolak ke destinasi. Kita menggunakan bus awam, LRT dan monorel untuk ke sana. Tempat itu terletak berhampiran Pavillion. Tempat tersebut amat jauh bagi saya dan saya berasa amat letih walaupun belum melakukan kerja. Hal ini kerana kita bergegas ke destinasi tersebut selepas kuliah dan cuaca amat panas.

Selepas tiba di destinasi, kelihatan beberapa sukarelawan yang berpakaian baju merah di sana. Lalu salah satu ahli kumpulan kita memberitahu mereka tujuan kita ke sini. Kita diwajibkan mencuci tangan dan memakai sarung tangan sebelum memulakan kerja.

Hari ini tanggungjawab kita ialah memasukkan biskut ke dalam plastik dengan jumlah keping yang ditetapkan. Ini merupakan kali pertama bagi saya untuk melakukan kerja seperti ini. Pada mulanya saya cuba memasukkan biskut-biskut ke dalam plastik dengan perlahan dan tidak lama kemudian saya telah biasa dengan kerja tersebut, lalu saya mempercepatkan kepantasan saya. Tetapi saya telah membuat banyak kesalahan semasa melakukan kerja ini. Saya telah menjatuhkan biskut-biskut semasa kerja dilakukan.

Antara cabaran yang telah saya hadapi ialah:

1. semasa kerja memasukkan biskut ke dalam plastik dilakukan, terdapat pelbagai jenis dan bentuk biskut, tidak semestinya jumlah biskut yang perlu kita masukkan ke dalam plastik adalah sama. justeru kita perlu memberi perhatian terhadap apa yang sukarelawan yang berpakaian baju merah berpesan kepada kita tentang jumlah yang perlu kita masukkan.

2. dalam pelbagai jenis biskut, terdapat biskut yang digemariku. Walaupun biskut tersebut telah hancur dan tidak boleh masukkan ke dalam plastik. Saya mengetahui bahawa biskut yang hancur akan dibuang. Pada masa itu, saya berasa lapar dan saya hendak makan biskut tersebut tetapi tidak pasti boleh makan biskut tersebut atau tidak. Perkara ini telah menjejaskan fikiran saya dan saya tidak dapat membuat kerja dengan baik.

Selepas kerja meletakkkan biskut ke dalam plastik telah disiapkan, kami membantu sukarelawan di sana memindahkan kotak air mineral yang agak berat. Beberapa orang telah melarang Aishah untuk memindahkan kotak tersebut kerana Aishah tidak larat untuk mengangkat kotak tersebut. Kita amat penat sekali selepas semua kerja disiapkan.

Sebelum meninggalkan tempat tersebut, beberapa ahli kumpulan kita telah mengambil gambar dengan sukarelawan di sana. Selepas itu, lalu kita balik ke kolej kediaman.

Yoke May

No comments:

Post a Comment