Monday, 8 May 2017

3/5/17 (Rabu) - Street Feeder 4

Pada hari 3/5/2017(Rabu), kami telah melibatkan diri sebagai sukarelawan bagi organisasi Street Feeder. Seperti biasa, kita menggunakan pengangkutan awam ke destinasi. Selepas itu, kita perlu mengambil makanan dan berjalan ke tapak pengumpulan street friends. Setelah tiba di sana, saya terus memberi makanan kepada pak cik yang saya selalu berbual dengannya. Saya telah menjumpai seorang orang asing dari Scotland yang membawa 2 orang kanak-kanak lelaki. Orang asing tersebut sedang berbual-bual dengan seorang street friends. Saya mendapati 2 orang kanak-kanak tersebut amat comel lalu saya mendekati mereka. Kanak-kanak tersebut langsung tidak takut terhadap street friends. Salah satu kanak-kanak telah mengongsikan keropoknya kepada street friends. Tidak lama kemudian, orang asing tersebut telah balik kerana 2 orang kanak-kanak tersebut telah letih.

Seterusnya, saya telah berbual-bual dengan 2 orang street friends yang selalu saya berbual dengannya. Saya berasa bersyukur kerana mereka kelihatan sihat sekali. Apa yang saya gembira ialah salah satu street friends masih mengingati saya. Hati saya riang sekali!

Yoke May

No comments:

Post a Comment