Sunday, 14 May 2017

Kali Kedua Pertiwi Soup Kitchen



Kali Kedua Pertiwi Soup Kitchen

Pada hari 8 Mei 2017, saya menyertai aktiviti kesukarelawanan dengan organisasi bernama Pertiwi Soup Kitchen pada kali kedua dengan 3 rakan sekelas saya. Seperti biasa kami bertolak pada pukul 7pm dan menaiki bas rapid di tempat biasa. Setelah menaiki bas, kami turun di stesen LRT universiti. Kamipun mengambil LRT dan terus ke KL sentral. Kami semua sampai di sana pada pukul 7.40pm. Selepas itu, kami menaiki monorail di KL sentral dan menuju ke Medan Tunku dan perjalanan itu sebanyak 20 minit. Setelah 20 minit, kamipun sampai di Medan tunku.

Kami telah sampai awal di sana dan tunggu organisasi berikut untuk sampai. Pada hari itu, cuaca sangat baik. Kami terus masuk ke dalam dan tunggu mereka tetapi golongan gelandangan menunggu di luar pintu utama sampai dibenarkan masuk. Selepas 30 minit mereka pun sampai dengan van kecil dan dua Hilux. Seperti biasa semua sukarelawan yang datang pada hari itu termasuk kami sedia menunggu sampai diberi arahan. Tetapi pada itu, company Liberty Insurance datang sebagai sukarelawan. Mereka telah menyediakan goodie bag, makanan dan belon untuk kanak-kanak. Pada hari itu, ada banyak makanan untuk golongan gelandangan. Selepas itu, kami pun mula mengedarkan makanan dan minuman kepada mereka. Saya juga dapat hidangkan kopi dan goodie bag kepada golongan gelandangan. Mereka sangat gembira dengan banyak makanan yang diberi pad hari itu turut kanak-kanak yang diberi belon kepadanya. Setelah semua selesai kami menghabiskan tugasan kami. Kami selesai pengedaran itu pada pukul 10.30pm seperti biasa.

Setelah itu, kamipun mengambil gambar dan bertolak ke kolej. Kamipun sampai kolej pada pukul 11.30pm. pada hari tersebut saya pendapat pengalaman yang dapat berkomunikasi dengan sukarelawan dari Company tersebut dan dengan tugasan-tugasan diberikan. Ia sangat mengembirakan saya juga berasa amat penat kerana perjalanan kami yang jauh.


-pris-   

No comments:

Post a Comment