Saturday, 6 May 2017

Kechara

Pada 27 April 2017, saya dan rakan-rakan jalinan masyarakat menyertai aktiviti Kechara. Lokasi Kechara berdekatan dengan pusat beli-belah Pavillion di mana bagi saya memakan masa yang lama untuk ke sana dari UM. Kami juga kena berjalan ke lokasi tersebut dari stesen monorail ke sebuah kedai di mana pusat Kechara terletak sangat jauh, tetapi saya masih berasa seronok kerana sepanjang perjalanan tersebut, saya dapat melihat kawasan Kuala Lumpur walaupun sesak dengan orang.

Setelah kami sampai ke Kechara, kami diarahkan untuk menyimpan beg dan mula menolong mereka untuk membungkus biskut-biskut untuk diberi pada golongan gelandangan. Terdapat banyak dan pelbagai jenis biskut. Kami semua bekerjasama membungkus biskut-biskut tersebut sambil ditemani dengan bunyi muzik yang dimainkan di tv. Saya dapati kami harus berhati-hati apabila membungkus biskut-biskut tersebut supaya tidak pecah dan memastikannya sempurna, Saya berasa seronok dan dapat pengalaman yang berharga kerana dapat membantu mereka, walaupun nampak seperti benda biasa, tapi bagi saya, saya rasa puas kerana dapat melakukan sesuatu untuk golongan gelandangan walaupun dengan membungkus makanan.

Selepas itu, kami semua pulang ke UM pada waktu peak hour, di mana ramai yang pulang dari kerja sedang berpusu-pusu ke stesen Monorail dan LRT. Walaubagaimanapun, saya berasa gembira kerana telah mempelajari sesuatu dan gain experience from it.

-fatimah-

No comments:

Post a Comment