Kali terakhir
Pertiwi Soup Kitchen
Pada hari 10 Mei
2017, saya menyertai aktiviti kesukarelawanan dengan organisasi bernama Pertiwi
Soup Kitchen pada kali kedua dengan 2 rakan sekelas saya, iaitu Yan Tung dan Vinod.
Kami bertolak pada pukul 7pm dan menaiki bas rapid di tempat biasa. Setelah menaiki
bas, kami turun di stesen LRT universiti. Kamipun mengambil LRT dan terus ke KL
sentral. Kami semua sampai di sana pada pukul 7.40pm. Selepas itu, kami menaiki
monorail di KL sentral dan menuju ke Medan Tunku dan perjalanan itu sebanyak 20
minit. Setelah 20 minit, kamipun sampai di Medan tunku.
Kami semua berjalan
ke destinasi berikut dan tunggu seperti biasa sampai mereka sampai di sana. Kami
terus masuk ke dalam dan tunggu. Setelah menunggu selama 30 minit, mereka pun
sampai dengan van kecil dan dua Hilux seperti biasa. Sementara kami menunggu,
kami dapat berkenalan dengan seorang pelajar lelaki yang baru sampai ke
Malaysia dari UK, dia bersambung pelajaran di luar negara. Oleh itu, dia bersendirian
dan kali pertama datang ke aktiviti sukarelawan Pertiwi. Kami pun menemani dan
sertai dengan kami semasa mengedarkan makanan. Setelah itu, semua diberi
tugasan seperti biasa dan mulakan pengedaran. Kami berempat termasuk pelajar
lelaki itu, kami mengedarkan kentang goreng dan mengalihkan tugasan. Dengan itu,
pengedaran pada hari itu telah habis pada pukul 10.30pm. Tetapi pada pengujung,
pengarah organisasi itu telah memberi sedikit pensyarahan ataupun nasihat
tentang objektif dan motif aktiviti tersebut. Setelah semua habis, kamipun mengambil
gambar dan bertolak ke kolej. Kami sampai di kolej pada pukul 11.45pm.
Pada hari itu,
golongan gelandangan adalah dalam jumlah yang besar termasuk kanak-kanak. Saya berasa
amat gembira dan berpuas hati yang hari terakhir itu baik. Saya berharap yang
saya dapat menyertai aktiviti sebegini pada masa depan dan mendapat banyak lagi
pengalaman.
Sekian
-pris-
No comments:
Post a Comment