Pada 5 Mei 2017, hari jumaat, saya dan dua rakan saya ; Priscilla dan Jay telah menyertai Pertiwi Soup Kitchen. Ini adalah pengalaman pertama bersama Pertiwi Soup Kitchen. Perjalanan kami ke sana bermula dari UM ke LRT Universiti dan ke KL Sentral, selepas itu kami mengambil monorail ke Medan Tuanku.
Setelah sampai ke lokasi Pertiwi Soup Kitchen iaitu berdekatan dengan stesesen monorail Medan Tuanku, saya dapati kebanyakan gelandangan menunggu di dalam kawasan Pertiwi Soup Kitchen kerana hujan pada hari tersebut. Kami menunggu track makanan dan medical team untuk sampai. Selain daripada kami bertiga, terdapat sukarelawan dari pihak AmBank Group, mereka telah membawa makanan dan juga beg untuk diberikan pada gelandangan.
Sementara menunggu, saya dapati kanak-kanak bermain dengan gembiranya, meraka bermain kejar-kejar sesama mereka, saya berasa seronok melihat mereka bermain. Setelah track dan medical team sampai, kami memulakan tugasan kami, kami bertiga ditugaskan untuk menjadi runner, iaitu membantu kanak-kanak dan orang tua mengambil makanan. Pada hari tersebut, terdapat banyak makanan yang diagihkan, iaitu makanan berat, biskut, roti, air kotak dan juga beg dari pihak AmBank Group. Kami bertiga bersama-sama ahli-ahli AmBank Group mula mengagihkan makanan pada golongan gelandangan, ada gelandangan yang sampai lambat kerana hujan, mereka sanggup mengharungi hujan sehingga basah semata-mata untuk ke Pertiwi Soup Kitchen. Saya berasa sangat berpuas dan gembira melihat setiap daripada mereka tersenyum dan bersyukur setelah mendapatkan makanan. Saya juga dapat melihat pelbagai telatah manusia, ada yang sangat peramah, ada yang sangat melucukan, dan ada yang memakai pakaian seperti pergi bercuti.
Sewaktu menjadi runner, saya diarahkan untuk membimbing kanak-kanak kecil mengambil makanan mereka, saya memegang tangan kanak-kanak dan membimbing mereka mengambil makanan dan memastikan mereka mengambil air sirap dan bukan mengambil kopi. Saya terdapat mereka sangat pemalu tetapi mendengar kata. Setelah mereka dapat makanan, mereka kelihatan gembira. Setelah selesai, kami bertiga pulang ke UM dengan menaiki monorail, LRT dan grabcar.
Kesimpulannya, Pertiwi Soup Kitchen mempunyai kelainannya sendiri, saya dapat melihat pelbagai jenis dan perangai manusia, daripada golongan kanak-kanak sehingga golongan yang tua, aktiviti ini berjalan dengan lancar kerana kebanyakan mereka berlakuan baik . Saya berasa puas dan besar hati melihat mereka semua gembira pada hari tersebut.
-fatimah
No comments:
Post a Comment