Saturday, 13 May 2017

3 Mei 2017, kami telah melibatkan diri dalam Street Feeders of Kuala Lumpur bagi kali ke-4. Sukarelawan pada hari itu adalah kurang berbanding dengan hari biasa. Setibanya kami di Masjid Negara, kami mendapati golongan gelandangan adalah banyak berbanding dengan sukarelawan di Masjid Negara. Selain itu, kami juga mendapati Masjid Negara telah memasang beberapa Lampu LED dan ini menyebabkan suasana menjadi terang.

Selepas mengagihkan makanan kepada para gelandangan. Kami telah berkomunikasi dengan seorang pak cik. Beliau telah memberitahu kami, sebelum kami datang ke Masjid Negara, terdapat beberapa kumpulan Badan Bukan Kerajaan  juga telah datang dan memberi makanan dan minuman kepada mereka. Mereka berasa gembira dan syurkur kerana mereka dapat merasai kehangatan masyarakat.

Sebelum mengakhiri aktiviti ini, ketua telah menyuruh kami untuk berkumpul di tepi jalan. Beliau telah mengkongsikan pengalaman beliau dan memberitahu kami sebab-sebab kami berjalan kaki untuk mengagihkan makanan dan minuman kepada golongan gelandangan. Tindakan ini dapat memberi peluang kepada kami untuk memandang pemandangan di sepanjang jalan ke Masjid Negara. Di samping itu, Tindakan berjalan ke destinasi juga dapat menunjukkan keikhlasan kami untuk mengambil berat golongan gelandangan.

Saya berasa gembira kerana saya dapat memberi bantuan kepada orang yang memerlukan walaupun keupayaan saya adalah terhad.

Yan Tung

No comments:

Post a Comment