Sunday, 7 May 2017

Kechara JM


Pada hari bulan 27 April 2017, kami program Jerman telah menyertai program Jalinan Masayarakat dengan organisasi bernama Kechara. Kami bertolak sekiranya pada pukul 2pm dari Um Sentral dan menaiki bas rapid. Setelah sampai di Stesen Universiti kami menaiki LRT ke Stesen KL Sentral. Selepas itu, kami menaiki Monorail di Kl Sentral untuk pergi ke Stesen Bukit Bintang. Apabila kami dah sampai, kami mengambil kira-kira 20 minit untuk sampai ke destinasi kami. Ini kerana pada hari itu kami masih baru dengan perjalanan ke destinasi berikut. Oleh itu, kami mengambil masa yang sedikit lebih dan perjalanan itu memang memenatkan dan letih. Akhirnya kami pun sampai ke destinasi, Kechara di Bukit Bintang pada pukul 3pm.

Di sana kami telah berkumpul dan meletakkan semua barangan kami di sebuah almari yang disediakan. Setelah itu, salah seorang daripada organisasi itu menyuruh kami membersihkan tangan dan memakai sarung tangan supaya keadaan nanti bersih. Selepas itu, kami berdiri ikut barisan dengan 2 barisan panjang.

Pada hari itu, kami semua memberi tugasan untuk membungkuskan biskut yang jumlahnya begitu banyak. Dengan adanya ramai, kami dapat membuat bungkusan itu dengan cepat. Bukan sahaja membungkus biskut tetapi saya dapat mengikat dan mengaturkan biskut-biskut itu dalam berkas plastik yans disediakan. Setelah itu, kami menyiapkan tugasan kami pada pukul 6pm. Apabila semuanya akhir, kami pun pulang ikut jalan yang sama dan sampai di kolej.      

-pris-

No comments:

Post a Comment