Hello semua, pada hari Rabu yang lepas saya bersama-sama dengan rakan-rakan seprogram saya telah menyertai Street Feeders of Luala Lumpur buat kali keempat. Kami berkumpul di UM Central tepat pada pukul 7.50 pm dan kami telah menaiki bas pada pukul 8.oo pm untuk menuju ke KL Gateway. Dari sana kami mengambil LRT untuk ke KL Sentral.
Selepas berjalan kaki selama hampir 10 minit, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Para ajk SFOKL telah berada di sana sebelum ketibaan kami. Kami menunggu untuk para sukarelawan yang lain untuk sampai bagi bergerak dalam satu kumpulan yang besar seperti biasa. Pada pukul lebih kurang 9.15 malam, kami telah mula bergerak ke Masjid Negara bagi memberi makanan kepada golongan gelandangan yang sedia ada di situ.
Kami pelajar-pelajar dari program Jerman telah mula memberi makanan kepada gelandangan dan kami sempat berbual dengan beberapa gelandangan di situ yang sudi berbicara dengan kami. Saya bersama 2 rakan saya sempat berkenalan dengan salah seorang gelandangan yang bernama Manja. Dia berkongsi tentang pengalamannya hidup di sana dan situasi-situasi yang dia terpaksa menempuh bagi meneruskan hidupnya.
Pada pukul hampir 11 malam, kami telah siap menghabiskan aktiviti pemberian makanan kepada gelandangan di sana dan mula menuju ke tempat yang kami berkumpul sebelumnya. Ajk SOFKL berterima kasih kepada kami atas kesudian kami menyertai mereka pada malam tersebut. Sekian, terima kasih.
-tshah-
No comments:
Post a Comment