Pada 8/3/2017(Rabu), hari ini merupakan kali kedua saya melibatkan diri sebagai sukarelawan. Kali ini saya berasa lebih selesa memulakan perbualan dengan street friends. Saya telah berkenalan dengan dua orang lelaki berbangsa cina. Lelaki yang kelihatan lebih tua tersebut meminta saya menyimpan telefon bimbit saya di beg untuk keselamatan. Saya berterima kasih terhadapnya. Selepas itu saya mendengar lelaki yang lebih muda itu bercakap. Lelaki itu bercakap sambil memainkan batang yang diperbuat daripada kertas.
Masa lalu dengan cepat dan kita perlu meninggalkan tempat tersebut. Lalu saya mengucapkan selamat tinggal terhadap dua orang lelaki berbangsa cina tersebut dan berjalan ke tapak perhimpunan sukarelawan Street Feeder.
Hari ini saya berasa gembira kerana saya dapat berkenalan dengan street friends.
Yoke May
No comments:
Post a Comment