Monday, 8 May 2017

KECHARA

Pada 27 April 2017, kami telah melibatkan diri di dalam satu organisasi kebajikan yang baru iaitu KECHARA SOUP KITCHEN. Di sana, kami telah merasai pengalaman untuk menyediakan makanan untuk sahabat jalanan kami.

Pengalaman sendiri apabila menyediakan makanan tersebut adalah amat menyeronokkan. Mengasingkan, mempaketkan biskut tersebut amat mengajar saya tentang ketelitian. Perkara yang telah saya pelajari ialah sekiranya kepingan biskut tersebut patah atau pecah, ia merupakan perkara biasa dan saya tidak begitu mengambil berat tentangnya untuk diberikan kepada orang lain. Akan tetapi di KECHARA, saya telah mempelajari bahawa mereka tidak akan memberikannya kepada sahabat jalanan. Saya kagum dengan perkara ini kerana amat menitik beratkan sensitiviti mereka. Saya juga dapat mempelajari cara-cara untuk meng'seal'kan paket-paket tersebut.

Sewaktu kami berada di sana, saya amat gembira kerana dapat melihat kerjasama dan dapat bergelak tawa bersama-sama ahli kumpulan kami. Amat gembira. Amat seronok.

AsilahAdenan

No comments:

Post a Comment