Saturday, 6 May 2017

Street Feeders Of KL 4

Pada hari Khamis, 3 Mei 2017, kami pergi ke Street Feeders Of Kuala Lumpur (SFOKL) untuk kali keempat. Seperti biasa, kami bergerak ke UM Sentral ke LRT Universiti dan dari LRT Universiti, kami bergerak ke Pasar Seni untuk destinasi tersebut. Kami berkumpul di tempat biasa di mana sukarelawan SFOKL berkumpul. Pada kali ini, saya dapati tidak ramai sukarelawan seperti sebelum ini, selepas itu, kami diberi taklimat oleh wakil SFOKL sebelum bermulanya perjalanan kami ke Masjid Negara.

      Setelah sampai ke Masjid Negara, saya dapati bahawa kawasan Masjid Negara itu sudah dipasang lampu, dan tempat di mana golongan gelandangan itu sudah dicerahi dengan lampu yang bagi saya, terlalu silau. Saya dapati lampu ini baru lagi dipasang dan juga dipasang dari sepanjang malam. Ini sebenarnya dapat mengganggu mereka gelandangan tidur kerana silau.

      Saya ada berbual dengan seorang wanita di mana mereka memanggilnya Kak Manja. Kak Manja sangatlah peramah orangnya dan tidak segan untuk menyapa sesiapa sahaja. Kak Manja mengadu kepada kami mengapa Shahirah (wakil SFOKL) tidak datang dan memberitahu kami bahawa kebanyakan gelandangan meminta pakaian. Setelah itu, kami pula disapa oleh seorang lelaki. Pada mulanya, saya tidak sedar yang dia itu gila, dia banyak bercakap tetapi saya tidak faham apa yang dia cuba sampaikan, saya cuba menjawab sepatah perkataan dan mengangguk sahaja. Lelaki itu bercakap dengan tidak teratur dan sangat mengelirukan. Akhirnya, setelah dia selesai bercakap dan pergi ke tempat lain, barulah saya tahu dia itu sakit mental.

      Setelah lebih kurang 30 minit di Masjid Negara, kami diarah berkumpul dahulu dan berjalan semula ke tempat berkumpul sebelum pulang ke UM. 

      Kesimpulannya, pengalaman kali ini, saya dapati bahawa pada pertama kalinya saya melihat golongan gelandangan melebihi jumlahnya daripada para sukarelawan. Kebanyakan gelandangan adalah yang saya tidak pernah melihat sebelum ini. Walaubagaimanapun, sesetengah daripada mereka nampak gembira apabila berbual bersama para sukarelawan. 

-fatimah

No comments:

Post a Comment