Monday, 8 May 2017

7/5/17 (Ahad) - Pertiwi 2

Pada hari 7/5/2017(Ahad), hari ini saya telah melibatkan diri sebagai sukarelawan bagi organisasi Pertiwi Soup Kitchen di Medan Tuanku. Ini merupakan kali kedua saya melibatkan diri dalam organisasi ini. Saya dan dua kawan iaitu Thanushah dan Priscilia menggunakan pengangkutan awam seperti Rapid bus, monorel dan LRT untuk pergi ke destinasi tersebut.

Hari ini terdapat lebih ramai sukarelawan berbanding daripada kali pertama saya melibatkan diri dalam organisasi ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti Malaya dan Universiti Monash. Kelihatan juga gelandangan telah menunggu di sana. Mungkin disebabkan hujan turun pada hari ini, krew-krew Pertiwi telah tiba pada pukul 9:30pm. Dengan masa yang pendek, krew-krew Pertiwi dengan bantuan sukarelawan telah membuat persediaan seperti menyusun meja-meja dan membancuh kopi dan sirap.

Selepas itu, krew-krew Pertiwi membahagikan kerja-kerja kepada setiap sukarelawan. Tanggungjawab saya ialah membawa kanak-kanak untuk mengambil makanan dan memastikan setiap kanak-kanak mengambil minuman air sirap. Sebelum itu, salah satu krew Pertiwi memberitahu kita bahawa kita tidak patut memberi kanak-kanak minuman kopi untuk mengelakkan insomia. Krew Pertiwi sentiasa menukarkan tanggungjawab sukarelawan. Saya suka cara mereka menguruskan sukarelawan dan melakukan kerja.

Saya mendapati golongan gelandang bersikap sopan santun dan sentiasa mengucapkan terima kasih apabila mereka mendapatkan makanan daripada para sukarelawan. Saya juga akan senyum dan membalas mereka apabila mereka mengucapkan terima kasih.

Pada pukul 10:30pm, kerja telah dihentikan kerana krew-krew Pertiwi akan bertolak ke destinasi yang seterusnya. Saya, Thanushah dan Priscilia tidak dapat pergi ke destinasi yang seterusnya kerana kita tidak mempunyai kenderaan untuk ke destinasi tersebut. Sebelum meninggalkan tempat tersebut, kita telah mengambil gambar dengan Puan Munirah.

Yoke May

No comments:

Post a Comment