Pada hari 17 Mei 2017, kami program jerman telah menyertai kali terakhir bersama Street feeders of KL dan dalam program jalinan masyarakat juga. Selepas kami habis kelas, kami bertolak dari UM Sentral pada pukul 7.45pm dengan menaiki bus rapid. Seperti biasa kami mengambil kenderaan awam iaitu LRT di stesen Universiti untuk sampai ke Pasar seni stesen. setelah sampai, kami berjalan ke tempat kumpulan di tempat biasa. Selepas itu kami berkumpul untuk mengambil gambar kumpulan, kemudian beratur ikut route yang hendak kami pergi. Kami pun membahagikan makanan-makanan dan minuman mineral yang telah disediakan oleh organisasi tersebut.
Seperti biasa kami pun memulakan perjalanan ke Masjid Negara yang mengambil masa selama 20 minit perjalanan. Setelah 20 minit kami sampai ke destinasi. Dengan itu, kami diberi sedikit arahan yang apa kami perlu ikut dan buat disana. Kami pun memulakan aktiviti kesukarelwan itu dengan mula mengedarkan amakanan dan minumam kepada golongan gelandangan. Selepas pengedaran saya dan 5 rakan sekelas jumpa seorang lelaki yang berumur lingkungan 50-an. Kami pun terus duduk berkumpulan dan mula berinteraksi dengan beliau. Beliau berkommunikasi dengan kami dengan secara terbuka, tidak takut dan bercakap dengan mempunyai banyak pengalaman. Beliau berkongsi cerita kehidupannya, zaman remajanya dan lain-lain. Beliau juga turut memberi nasihat kepada kami supaya berjaya dalam hidup dan tidak mengabaikan ibubapa dan keluarga sendiri, jangan sombang dalam kehidupan dan sebagainya. Saya berasa beremosi dan sedikit sedih dengan cerita kehidupanya. sebanyak 30 minit kami berkomunikasi dengan beliau dan ia sangat berpengalaman yang berharga. selepas itu, kami pun berucap selamat tinggal dan bertolak pada pukul 10.30pm. Saya mengucapkan terima kasih kepada kawan program saya dan pensyarak kerana bantu menyempurnakan program ini dan saya bersyukur yang saya mempelajari yang bermakna.
Setelah sampai ke destinasi tempat kumpulan, kami jumpa leader kami iaitu Cik Shayirah untuk memberikan penilaian sepanjang aktiviti kesukarelawan yang kami menyertai. Beliau membuat temubual selama 2 minit seorang demi seorang sebagai bukti. Setelah semua habis kami pun gambil gambar dan bertolak pada pukul 11.00pm. Akhirnya, kami pun sampai ke kolej pada pukul 11.45pm.