Sunday, 21 May 2017

Kali terakhir street feeders of KL

Kali terakhir street feeders of KL

Pada hari 17 Mei 2017, kami program jerman telah menyertai kali terakhir bersama Street feeders of KL dan dalam program jalinan masyarakat juga. Selepas kami habis kelas, kami bertolak dari UM Sentral pada pukul 7.45pm dengan menaiki bus rapid. Seperti biasa kami mengambil kenderaan awam iaitu LRT di stesen Universiti untuk sampai ke Pasar seni stesen. setelah sampai, kami berjalan ke tempat kumpulan di tempat biasa. Selepas itu kami berkumpul untuk mengambil gambar kumpulan, kemudian beratur ikut route yang  hendak kami pergi. Kami pun membahagikan makanan-makanan dan minuman mineral yang telah disediakan oleh organisasi tersebut.

Seperti biasa kami pun memulakan perjalanan ke Masjid Negara yang mengambil masa selama 20 minit perjalanan. Setelah 20 minit kami sampai ke destinasi. Dengan itu, kami diberi sedikit arahan yang apa kami perlu ikut dan buat disana. Kami pun memulakan aktiviti kesukarelwan itu dengan mula mengedarkan  amakanan dan minumam kepada golongan gelandangan. Selepas pengedaran saya dan 5 rakan sekelas jumpa seorang lelaki yang berumur lingkungan 50-an. Kami pun terus duduk berkumpulan dan mula  berinteraksi dengan beliau. Beliau berkommunikasi dengan kami dengan secara terbuka, tidak takut dan bercakap dengan mempunyai banyak pengalaman. Beliau berkongsi cerita kehidupannya, zaman remajanya dan lain-lain. Beliau juga turut memberi nasihat kepada kami supaya berjaya  dalam hidup dan tidak mengabaikan ibubapa dan keluarga sendiri, jangan sombang dalam kehidupan dan sebagainya. Saya berasa beremosi dan sedikit sedih dengan cerita kehidupanya. sebanyak 30 minit kami berkomunikasi dengan beliau dan ia sangat berpengalaman yang berharga. selepas itu, kami pun berucap selamat tinggal dan bertolak pada pukul 10.30pm. Saya mengucapkan terima kasih kepada kawan program saya dan pensyarak kerana bantu menyempurnakan program ini dan saya bersyukur yang saya mempelajari yang bermakna.

Setelah sampai ke destinasi tempat kumpulan, kami jumpa leader kami iaitu Cik Shayirah untuk  memberikan penilaian sepanjang aktiviti kesukarelawan yang kami menyertai. Beliau membuat temubual selama 2 minit seorang demi seorang sebagai bukti. Setelah semua  habis kami pun gambil gambar dan bertolak pada pukul 11.00pm. Akhirnya, kami pun sampai ke kolej pada pukul 11.45pm.

Saturday, 20 May 2017

Street Feeders of KL kali Kelima

Pada 17 Mei 2017, saya dan rakan-rakan yang lain bertolak dari UM Sentral pada 7.30 p.m menaiki bas  rapidKL dan menuju ke LRT Universiti. Selepas itu, kami mengambil LRT untuk ke LRT Pasar Seni. Seperti biasa, kami berkumpul di kawasan pengumpulan sukarelawan bagi aktiviti SFOKL.
Terdapat ramai sukarelawan dari universiti berbeza iaitu Universiti Monash dan Universiti Sunway. Kami diberi sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti kami.

Kami diagihkan makanan untuk diberi kepada golongan gelandangan kelak. Selepas itu, kami berjalan kaki ke Masjid Negara, Ketika di Masjid Negara, saya dapati lampu yang dipasang semakin banyak dan cerah, dan sangat silau bagi saya, membuat saya berfikir bagaimana golongan gelandangan ini mahu tidur di malam hari dengan lampu yang secerah itu.

Seterusnya, kami semua mula memberi makanan kepada golongan gelandangan. Selepas itu, saya dan rakan-rakan saya berjumpa dengan seorang pakcik melayu, kami semua bersila di depan dia dan mendengar cerita dia, pada pendapat saya, pakcik ini seorang yang berilmu kerana cara percakapannya yang teratur dan fasih. Dia menceritakan tentang kehidupan dia di mana dia sudah tidak berpulang ke kampung halaman kerana perselisihan faham di antara ahli keluarga, dia juga bercerita tentang masalah dadah dan rasuah. Selain itu, pakcik juga memberitahu bahawa dia pernah bekerja di kilang sewaktu zaman muda dia.

Akhir sekali, sebelum kami tamatkan aktiviti kami, saya bertanya bagaimana bulan puasa dan raya nanti dan pakcik berkata dia hanya akan berpuasa dan raya di KL sahaja. Dia juga nasihatkan kami apabila kami berjaya nanti, janganlah jadi manusia yang sombong. Selepas itu, kami bertolak pulang ke Kolej Kediaman Kesembilan.

Pada SFOKL kali kelima ini, saya berasa sangat bersyukur dapat berjumpa dengan pakcik tersebut, dia banyak menceritakan pengalaman dan nasihat kepada kami. Saya berharap, jika ada masa dan peluang, saya akan menyertai SFOKL di masa hadapan dan juga dapat menimba pengalaman yang baru.

-fatimah-

Aktiviti Kesukarelawan yang Kelima bersama “Street Feeders of Kuala Lumpur”. (17 Mei 2017)

Video suasana di tempat semua sukarelawan-sukarelawan berkumpul terlebih dahulu




Makanan dan minuman yang akan diagihkan kepada golongan gelandangan

 



Sesi taklimat ringkas dari pihak SFOKL sebelum bergerak ke lokasi masing-masing



 Suasana di sekitar Masjid Negara 



Sesi refleksi diri 



Gambar bersama Cik Syahirah mewakili SFOKL untuk kali yang terakhir


Yang Terakhir :')

Tarikh 17 Mei 2017 merupakan kali kelima atau hari yang terakhir kami menyertai Street Feeders of Kuala Lumpur ‘SFOKL’. Seperti biasa kami menggunakan bas RapidKL untuk pergi ke LRT Universiti seterusnya ke Pasar Seni. Seterusnya kami pun berkumpul bersama-sama dengan sukarelawan yang lain dan ternyata pada malam tersebut kelihatan tidak begitu ramai sukarelawan yang ada. Kami pun memilih untuk kali yang terakhir ke Masjid Negara. Kami pun pergi bersama-sama ke Masjid Negara dan ketika sampai disana kami pun mula mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Sebelum kami mengagihkan makanan tiba-tiba seorang PakCik yang agak berumur bertanyakan soalan kepada saya ‘Ada baju lebih tak’. Saya pun menjawab tidak dia pun kelihatan kecewa dan saya pun berasa terkilan sedikit kerana tidak dapat memberikan baju yang diminta oleh Pak Cik tersebut.

Saya dan rakan-rakan mula mengagihkan makanan. Saya memberikan makanan kepada seorang lelaki yang baru bangun dari tidurnya. Dia pun kelihatan gembira dan mengucapkan terima kasih kepada saya. Tiba-tiba terdapat salah seorang gelandangan menanyakan ada air mineral lagi atau tidak kerana seorang lagi rakannya sedang solat di Masjid tersebut. Saya berasa sedih tidak dapat memberikan air mineral kerana sudah diberikan kepada lelaki yang sebelumnya.

Seterusnya saya dan rakan-rakan pun pergi ke arah seorang Pak cik yang sedang duduk dibawah pokok. Agak lama juga kami duduk disitu sambil mendengar cerita daripada Pak Cik tersebut dengan penuh fokus. Bagi saya Pak Cik tersebut kelihatan tidak seperti golongan gelandangan kerana dari segi dia bercakap seperti orang yang berilmu dan dia kelihatan banyak pengalaman melalui apa yang dia ceritakan. Tiba-tiba seorang rakan Pak Cik tersebut datang duduk bersama kami. Rakan Pak Cik tersebut duduk di sebelah saya. Rakan Pak Cik tersebut mengadu kepada saya tentang kad pengenalan. Beliau berasa sedih kepada tidak mempunyai kad pengenalan kerana susah untuk meminta kerja dan meminjam duit daripada bank. Perkara yang paling saya tidak lupa beliau memberitahu bahawa jika tidak ada makanan dia akan mencari burung atau monyet untuk dimakan. Walaupun dia kelihatan bergurau tetapi saya berasa sedih memikirkan nasib Pak Cik tersebut jika tiada makanan.

Seterusnya kami pun bersama-sama balik dan ketika dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kami berkumpul sebelumnya, saya melihat dibawah longkang yang besar ditepi jalanraya terdapat sekumpulan ahli sukarelawan berjalan disitu dalam keadaan yang gelap bertemankan lampu suluh. Salah seorang sukarelawan tetap SFOKL yang kebetulan didepan saya memberitahu bahawa terdapat beberapa golongan gelandangan di bawah longkang tersebut. Malah ada yang daripada mereka telah berkeluarga. Kadang-kadang mereka akan memasak dibawah longkang tersebut dan apa yang saya terkejut salah seorang sukarelawan tersebut memberitahu bahawa mereka pernah menjumpai tengkorak dibawah longkang tersebut. Akhir sekali kami pun seperti biasa balik bersama-sama dan apabila sampai ke LRT Universiti kami berpecah kepada 2 kumpulan untuk menggunakan ‘Grabcar’ kerana hari sudah lewat tidak ada lagi perkhidmatan bas RapidKL mahupun bas Universiti Malaya.

Syukur kerana hari terakhir kami berjalan dengan lancar tidak ada apa-apa masalah yang berlaku. Apa yang saya dapat dari hari terakhir menyertai SFOKL ialah kita tidak seharusnya sentiasa memandang keatas sehingga lupa orang yang dibawah kita. Seperti apa yang dipesan oleh salah seorang golongan gelandangan tadi apabila kita sudah berjaya jangan sesekali bersikap sombong dan lupa akan orang yang dibawah kita. Sejujurnya pada malam tersebut telah menyedarkan saya tentang sesuatu perkara selain daripada pengalaman bersama golongan gelandangan iaitu pentingnya pandai berkomunikasi. Kerana sesetengah orang bukan sahaja menilai kita daripada cara penampilan kita tetapi dari segi apa yang kita tuturkan. Saya mendapati terdapat beberapa yang berubah dari segi persepsi diri saya. Kerana kadang-kadang saya terlalu memikirkan masalah yang saya hadapi lebih besar tetapi ternyata apabila saya menyertai program ini saya melihat ternyata banyak lagi orang yang kurang bernasib baik dan mempunyai masalah yang lebih besar selain saya. Tapi mereka masih lagi boleh ketawa dan menceritakan perkara yang lucu dari pengalaman mereka. Jika mereka boleh menghadapi masalah tersebut mengapa saya tidak boleh? Itu apa yang selalu bermain di minda saya. Apa yang saya pasti jika ada peluang dan masa akan pergi sekali lagi.  


-Aisyah-

Friday, 19 May 2017

IQ70 +

           Today, 10th of may 2017, we were going to IQ70 plus by free bus. When we arrived there, there are two worker and several children are drawing and watching music video, who welcome us and introduce us about the mentally challenged children and friends. The eldest friend there is about 70 years old and the youngest is about 3 years old. They told us that the mentally challenged friends which stay outside are more less serious than the friends inside. Then she showed brought us to the office and had a look of the profile of the mentally challenged friends.
          They then told us that about 11.00. there were a few volunteers who helped them cleaned the grass and cleaned up the surrounding. So we just could accompany them tough them to color and play. One of them, called Ngit Yu. He was playing rubic cube, and I known how to play so tough him to play it. Then, some of them liked to watch MV music video of Thai Cha Cha from Namewee. 
        Actually, I feel that some of them are really poor because each of them have a bitter story behind. There were two brothers, one was due to a high fever when he was one year old, and another was due to an accident when he was about seven years old. Now both of them were around 30 to 40 years old. They were behaved very well, they would help the worker and volunteer to carry some supply given by sponsors. 
           Sometime I feel hard to speak and communicate with them because I scared that I will hurt them. It is a good experience to be with them and give them the feeling of care and love.
 
 
 
 
 
 
 
=Jay LZD=

Thursday, 18 May 2017

Pengalaman menyertai aktiviti Sukarelawan SFOKL bagi Kali Kelima (17 / 5 / 2017)

      Selamat sejahtera semua. Hari ini saya akan berkongsikan tentang pengalaman saya menyertai SFOKL buat kali kelima. Wow, sudah lima kali saya menjadi seorang sukarelwan (bersama SFOKL)! Ia merupakan antara masa dan pengalaman yang tidak akan dapat ku lupakan. Setiap masa yang ku habiskan bersama rakan-rakan seprogram saya di sana, akan ku ingat hingga selamanya. 
     
      Pada hari Rabu yang lepas, kami kumpulan Program telah bertolak dari Universiti kami pada pukul lebih kurang 8 malam. Kami telah menaiki bus bagi pergi ke KL Sentral untuk menaiki LRT. Destinasi kami terletak di Pasar Seni dan kami sampai di sana pada pukul lebih kurang 9 lebih. 

    Aktivi pemberian makanan belum dimulakan kerana ajk SFOKL menunggu untuk beberapa sukarelawan dari university-university lain. Tepat pada pukul 9.40 kami mula bergerak ke Masjid Negara. Ianya merupakan tempat yang biasa kami pergi bagi mendistribusikan makanan kepada golongan gelandangan. 

      Setelah kami sampai di sana, seperti biasa kami diberi sedikit taklimat tentang 'Do & Dont's ' oleh ajk yang bernama Syahirah. Selepas itu, kami mula memberikan makanan kepada golongan gelandangan di sana.
   
      Pada pukul 11 malam lebih, aktiviti itu telah habis dan kami bertolak dari sana untuk balik ke University kami. Seperti biasa kami telah menaiki LRT dan GrabCar dari sana ke universiti.

-tshah-

Wednesday, 17 May 2017

Street Feeders of KL on 17 May 2017

   Today was the last time my course mates and I are together to do this. I was quite sad for I think that this time we had helped us to grow closer with each other a lot. Usually in class we don't speak that much and after class we just part our own ways. So I really cherished the time we had outside of class where we can just be normal young adults.

   So I decided to give some clothes to a lady named Manja. She is the sweetest and always loves to chat with us. I was feeling quite unwell as I had diarrhea the whole day and I did not eat much for dinner. But I felt happy that I can listen to what our street friends has to say. Being a listener takes up a lot of effort as well as the speaker.

   All of us are different and each of us are unique. Street Feeders of KL had helped me so much in communicating with the community around us. I thank God that through it all, it ended well.

-PT-

Pertiwi on 15 May 2017

   So this is my last time going to pertiwi and I always wanted to try out to sit inside the food truck and opening the food paperbag. There was not many volunteers that day so I managed to do that job which delighted me very. So my friend and I were in charge of that station and our job is to open up the package.

   My friend did that station before so she taught me how to do it and when we started it was quite hectic as the flow was fast so we need to keep opening up the package. My friend in charge more of the arranging part where I do more of the opening part. All in all we work well as a team and I'm quite surprised how many of the food packages there were.

   Before we started giving out I could not even see what was in front of the truck and after finishing up the amount dropped a lot.I am happy that that night, many were not hungry. I am grateful for all Pertiwi have done to the less fortunate in the midst of us.

-PT-

Pertiwi on 8 May 2017

   Once again I went to pertiwi and this time I was in charge of the refilling station which means I need to fill up the syrup in paper cups and then send it to the syrup station. It was very systematic and quick as there was a lady to teach us how to do it.

   It was a new experience and very interesting to see how that station works as I never been asked to be in that station. It was fun to cooperate with my friends to work things out together. Teamwork became a crucial part at that station where one needs to arrange the cups and the other pouring the syrup into it.

   All in all, I learned that one can do a lot but two can do even more. Teamwork is important for a project to work out just like how in Pertiwi there is all sorts of stations which remains this project going smoothly and strong after so many years.

-PT-
Pertiwi on 5 May 2017
    So this time I went because one of my course mate had something came up so I went to replace him. As usual we went to Medan Tuanku by public transport. This time I was a runner.

    Being a runner was not as scary as I thought it would be and I am glad that I was asked to be a runner. I help a few of the children to take their food and on of them was partially blind. She could not see very clearly but still she wanted to see who was helping her.

    When she saw me and smiled, my heart just melted for that smile was sincerely thanking me for my help. For me, it is nothing, just helping to take some food but to her, it meant a lot. I realized too often in life we are so blinded by the hardships around us that we cannot see the blessings we already have. Helping others is not as hard as it seems, all you need is a little courage to do so. So do not be afraid to try something new today, something that puts a smile on others' face:)

-PT-

 

Sunday, 14 May 2017

Kali terakhir Pertiwi Soup Kitchen



Kali terakhir Pertiwi Soup Kitchen

Pada hari 10 Mei 2017, saya menyertai aktiviti kesukarelawanan dengan organisasi bernama Pertiwi Soup Kitchen pada kali kedua dengan 2 rakan sekelas saya, iaitu Yan Tung dan Vinod. Kami bertolak pada pukul 7pm dan menaiki bas rapid di tempat biasa. Setelah menaiki bas, kami turun di stesen LRT universiti. Kamipun mengambil LRT dan terus ke KL sentral. Kami semua sampai di sana pada pukul 7.40pm. Selepas itu, kami menaiki monorail di KL sentral dan menuju ke Medan Tunku dan perjalanan itu sebanyak 20 minit. Setelah 20 minit, kamipun sampai di Medan tunku.

Kami semua berjalan ke destinasi berikut dan tunggu seperti biasa sampai mereka sampai di sana. Kami terus masuk ke dalam dan tunggu. Setelah menunggu selama 30 minit, mereka pun sampai dengan van kecil dan dua Hilux seperti biasa. Sementara kami menunggu, kami dapat berkenalan dengan seorang pelajar lelaki yang baru sampai ke Malaysia dari UK, dia bersambung pelajaran di luar negara. Oleh itu, dia bersendirian dan kali pertama datang ke aktiviti sukarelawan Pertiwi. Kami pun menemani dan sertai dengan kami semasa mengedarkan makanan. Setelah itu, semua diberi tugasan seperti biasa dan mulakan pengedaran. Kami berempat termasuk pelajar lelaki itu, kami mengedarkan kentang goreng dan mengalihkan tugasan. Dengan itu, pengedaran pada hari itu telah habis pada pukul 10.30pm. Tetapi pada pengujung, pengarah organisasi itu telah memberi sedikit pensyarahan ataupun nasihat tentang objektif dan motif aktiviti tersebut. Setelah semua habis, kamipun mengambil gambar dan bertolak ke kolej. Kami sampai di kolej pada pukul 11.45pm.

Pada hari itu, golongan gelandangan adalah dalam jumlah yang besar termasuk kanak-kanak. Saya berasa amat gembira dan berpuas hati yang hari terakhir itu baik. Saya berharap yang saya dapat menyertai aktiviti sebegini pada masa depan dan mendapat banyak lagi pengalaman.

Sekian

-pris-       
Pada 10 Mei 2017, saya, Pris dan Vnod telah melibatkan diri dalam Pertiwi Soup Kitchen. Ini merupakan pengalaman kedua saya dan ia merupakan pengalaman yang berlainan. Pada hari itu, kami juga berkumpul di kawasan tersebut untuk menunggu semua persediaan disiapkan. Pada masa itu, kami telah berkenalan dengan seorang sukarelawan. Ini merupakan kali pertama dia menyertai Pertiwi. Dengan itu, dia telah menyoal banyak soalan tentang kerja yang perlu dilakukan, kami juga berpeluang untuk berkomunikasi dengan sukarelawan lain.

Kali ini, kami bertanggungjawab untuk mengagihkan wedges kepada golongan gelandangan. Dalam progress ini, walaupun kami tiada masa dan peluang untuk berkomunikasi dengan mereka, tetapi kami dapat memberi senyuman yang manis kepada mereka. Kebanyakan sukarelawan pada hari itu merupakan pelajar dari universiti lain. Mereka melibatkan diri dalam program ini adalah untuk belajar menjalin hubungan dengan masyarakat lain.

Selepas aktiviti pengagihan berakhir, Ketua Pertiwi Soup Kitchen iaitu memberi Puan Munirah mengkongsikan sebab mendirikan Pertiwi Soup Kitchen adalah untuk beliau ingin membantu orang yang bernasib malang dan beliau ingin berkhidmat kepada masyarakat. Beliau juga ajar kami cara yang betul semasa melayan golongan gelandangan. Walaupun beliau seorang yang tegas tetapi kekasihan dan keprihatinan terhadap golongan gelandangan dapat kami merasai dan mempelajari.

Melalui Pertiwi, saya dapat memerhati cara melakukan sesuatu program perlu mempunyai pasukan yang bekerjasama. Dengan itu, segala masalah juga dapat ditangani.


Yan Tung

Kali Kedua Pertiwi Soup Kitchen



Kali Kedua Pertiwi Soup Kitchen

Pada hari 8 Mei 2017, saya menyertai aktiviti kesukarelawanan dengan organisasi bernama Pertiwi Soup Kitchen pada kali kedua dengan 3 rakan sekelas saya. Seperti biasa kami bertolak pada pukul 7pm dan menaiki bas rapid di tempat biasa. Setelah menaiki bas, kami turun di stesen LRT universiti. Kamipun mengambil LRT dan terus ke KL sentral. Kami semua sampai di sana pada pukul 7.40pm. Selepas itu, kami menaiki monorail di KL sentral dan menuju ke Medan Tunku dan perjalanan itu sebanyak 20 minit. Setelah 20 minit, kamipun sampai di Medan tunku.

Kami telah sampai awal di sana dan tunggu organisasi berikut untuk sampai. Pada hari itu, cuaca sangat baik. Kami terus masuk ke dalam dan tunggu mereka tetapi golongan gelandangan menunggu di luar pintu utama sampai dibenarkan masuk. Selepas 30 minit mereka pun sampai dengan van kecil dan dua Hilux. Seperti biasa semua sukarelawan yang datang pada hari itu termasuk kami sedia menunggu sampai diberi arahan. Tetapi pada itu, company Liberty Insurance datang sebagai sukarelawan. Mereka telah menyediakan goodie bag, makanan dan belon untuk kanak-kanak. Pada hari itu, ada banyak makanan untuk golongan gelandangan. Selepas itu, kami pun mula mengedarkan makanan dan minuman kepada mereka. Saya juga dapat hidangkan kopi dan goodie bag kepada golongan gelandangan. Mereka sangat gembira dengan banyak makanan yang diberi pad hari itu turut kanak-kanak yang diberi belon kepadanya. Setelah semua selesai kami menghabiskan tugasan kami. Kami selesai pengedaran itu pada pukul 10.30pm seperti biasa.

Setelah itu, kamipun mengambil gambar dan bertolak ke kolej. Kamipun sampai kolej pada pukul 11.30pm. pada hari tersebut saya pendapat pengalaman yang dapat berkomunikasi dengan sukarelawan dari Company tersebut dan dengan tugasan-tugasan diberikan. Ia sangat mengembirakan saya juga berasa amat penat kerana perjalanan kami yang jauh.


-pris-   

Kali Pertama Pertiwi Soup Kitchen


Kali Pertama Pertiwi Soup Kitchen

Pada hari 7 Mei 2017, saya menyertai aktiviti kesukarelawanan dengan organisasi bernama Pertiwi Soup Kitchen pada kali pertama. Aktiviti ini mengikut peralihan yang tertentu dan pada hari-hari berikut sahaja, iaitu hari ahad, isnin, rabu, dan jumaat. Saya dan 3 rakan sekelas saya menyertai akitivit ini pada hari ahad. Kami bertolak pada pukul 7pm dan menaiki bus rapid di perhentian bus sebelah kolej Mahsa. Setelah menaiki, kami turun di stesen LRT universiti dan menaiki LRT pada pukul 7.15pm. Selepas itu, kami sampai ke KL sentral dan terus menaiki monorail. Kami mengambil monorail dan menuju ke Medan Tunku. Perjalanan itu mengambil kira-kira 20 minit untuk sampai ke Medan Tunku. Kamipun sampai di destinasi tersebut pada pukul 8.30pm.

Selepas itu, kamipun terus pergi ke destinasi tempat itu tetapi pada masa itu tidak ada orang yang telah sampai selain kami dan sedikit golongan gelandangan. Oleh itu, kami pun tunggu di satu tempat sampai organisasi tersebut untuk sampai di sana. Setelah 30 minit, mereka sampai dan pintu utama telah dibuka. Pada masa itu, cuaca tidak begitu selesa kerana hujan lebat. Oleh itu, mereka membenarkan semua orang termasuk golongan gelandangan masuk ke dalam sebagai tempat perlindungan. Setelah itu, mereka menyediakan meja-meja dan makanan-makanan untuk pengedaran. Saya dan 3 rakan saya membantu mereka untuk menyediakan sedikit makanan di atas meja-meja di sana. Selepas itu, kami diberi tugasan sebagai ‘runner’. Tugasan itu ialah kami harus berdiri dalam satu barisan dan apabila kanak-kanak hendak mengambil makanan, runner tersebut mesti bantu kanak-kanak itu dengan mengambil makanan mereka. Selepas itu, mereka disuruh tukarkan tugasan dengan orang lain. Jadi saya mendapat kesempatan untuk menghidangkan minuman iaitu kopi kepada mereka. Pengalaman tersebut sangat baru untuk saya dan ia memang menyeronokan.

Setelah pengedaran habis, kami pun mengambil gambar dan bertolak pada pukul 10.30pm. Setelah itu, kami sampai di kolej pada pukul 11.30pm. Saya mendapat banyak pengalaman baru kerana saya dapat jumpa ibu bapa, orang tua, pemuda, kanak-kanak dan bayi. Saya dapat melihat pelbagai golongan gelandangan seperti berikut.

-pris-              

Saturday, 13 May 2017

Pertiwi Soup Kitchen

Pada 8 Mei 2017, Priscilla, Pris dan saya telah melibatkan diri dalam Pertiwi Soup Kitchen. Ini merupakan pengalaman pertama bagi saya. Perjalanan ke destinasi tersebut adalah lebih jauh tetapi saya berpeluang untuk menikmati pemandangan di sepanjang jalan.

Selepas semua kerja persediaan telah dilengkapi, mereka bersedia untuk membuka pintu dan memberi para gelandangan masuk ke dalam untuk mendapatkan makanan dan  minuman. Persatuan ini dalah lebih sistematik. Para gelandangan perlu bersusun dalam beberapa garisan. Garisan pertama adalah kanak-kanak, garisan kedua adalah wanita, garisan ketiga adalah orang tua dan garisan terakhir adalah lelaki. Garisan pertama akan menerima makanan dan air minuman mereka begitu juga dengan garisan lain. Cuaca pada hari itu adalah panas. Mereka dapat juga satu aiskrim.

Saya berpeluang untuk menyediakan minuman kepada golongan gelandangan. Pada hari itu, terdapat seseorang wanita yang berpengalaman memberi panduan kepada saya.Golongan gelandangan pada hari itu banyak dan saya telah menyediakan banyak cawan air.Walaupun tanggungjawab ini adalah ringan tetapi kami perlu sentiasa memerhati keadaan di sana.

Melalui Pertiwi, saya dapat belajar untuk bekerjasama dengan sukarelawan yang lain dan saling membantu antara satu sama lain. Saya amat berpuas hati dengan pengalaman yang istimewa ini.


Yan Tung