Tuesday, 28 March 2017

Kali kedua aktiviti kesukarelawan bersama ‘Street Feeders of Kuala Lumpur’



Pada 8 March 2017, kami program Jerman dan program Perancis telah menyertai aktiviti kesukarelawan yang kali kedua bersama ‘Street Feeders of Kuala Lumpur’. Kali kedua ini kami ada sedikit perubahan yang kami telah mengunakan pengangkutan awam iaitu ‘uber’ dan LRT. Ini kerana salah seorang pemilik kereta, rakan sekelas saya tidak dapat hadir untuk aktiviti kesukarelawan. Jadinya kami semua bertolak bersama pada pukul 7.30 malam dari kolej kediaman kesembilan. Dari kolej kami menaiki uber sampai ke LRT Universiti stesen dan dari sana kami menaiki LRT ke Pasar Seni LRT Universiti stesen. Perjalanan bersama rakan-rakan sekelas saya memang seronok dan gembira. Setelah kami sampai LRT Pasar Seni stesen kami terus pergi ke suatu tempat di Pasar Seni bernama ‘basement’ ia merupakan satu tempat untuk berkumpul. Kali kedua ini saya melihat bahawa tidak berapa ramai menyertai seperti kali pertama tetapi ada beberapa kumpulan yang baru turut sertai juga. Seperti biasa kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar. Kali ini kami mengharapkan untuk dapat destinasi lain tetapi malangnya kami mendapat yang sama seperti penyertaan kali pertama. Destinasi kami adalah Pasar Seni sahaja dan bukan ke Dataran Merdeka. Aktiviti ini mula pada pukul 9 malam dan kami teruskan perjalanlan ke destinasi berikut.

Apabila kami sampai ke destinasi berikut, kami bermula untuk distribusikan makanan dan minuman kepada golongan gelandangan seperti di aktiviti pertama. Dengan harapnya, kami telah mencari seorang pengelandang yang kami boleh berinteraksi dan membuat sedikit perbualan. Dengan itu, kami dapat berinteraksi dengan seorang lelaki berumur sekitar 30-an. Dari pandangan pertama lelaki itu sangat berkawan dan mudah berinteraksi dengan kami berbanding dengan yang lain. Dia juga turut membuat lawak dan kelakar semasa kami berbual denganya. Semasa itu, saya berasa tidak sangka yang ada juga yang sangat berkawan dalam kalangan mereka malah selalunya mereka kelihatan murung dan pendiam. Saya berasa ia adalah satu pengalaman yang cukup baik pada hari itu kerana itu adalah kali pertama yang saya dapat berinteraksi dengan golongan gelandangan. Setelah kami habiskan masa selama 30 minit di sana, kami pun bergerak dari destinasi itu dan berkumpul di ‘Basement’. Selepas semua selesai program Jerman dan Perancis bertolak pukul 11.30 malam dari sana.

Akhirnya, saya berasa sangat berpuas hati dengan aktiviti kesukarelawan yang kali kedua ini kerana saya dapat kesempatan untuk berbual dengan golongan gelandangan. Dengan akhir kata, saya berharap juga perjumpaan seterusnya akan bagi lebih pengalaman dan saya boleh berinteraksi dengan lebih ramai gelandangan. Saya juga berterima kasih kepada ketua kursus jalinan masyarakat dan ‘Street Feeders of Kuala Lumpur’ organisasi kerana memberi kesempatan untuk menyertai aktiviti kesukarelawan ini.

Sekian,

-Priscilia-          

Kali pertama dalam aktiviti kesukarelawan bersama ‘Street Feeders of Kuala Lumpur’

Pada hari bulan 22 Februari 2017 ialah hari pertama kami telah menyertai aktiviti kesukarelawan untuk golongan gelandangan bersama satu organisasi bernama ‘Street Feeders of Kuala Lumpur’. Kami program Jerman dengan program Perancis menyertai aktiviti kesukarelawan ini bagi project jalinan masyarakat. Kami program jerman telah bertolak pada pukul 8 malam dengan mengunakan pengangkutan sendiri,iaitu dua kereta rakan sekelas saya. Oleh itu, bagi kami pada hari pertama tidak berlaku masalah pengangkutan. Selepas itu, kami pun bertolak dari kolej kediaman kesembilan dan akhirnya sampai ke destinasi Pasar Seni. Di sana bukan kami sahaja malah ramai lagi berkumpul di kawasan tempat berkumpul itu. Pada mulanya, saya terkejut untuk melihat ratusan orang. Setelah itu, kami diarahkan semuanya untuk berkumpul di suatu tempat. Fasilitator telah memberi sedikit bimbingan tentang jalinan tersebut sebelum kita bergerak untuk memberikan makanan. Selepas sedikit penerangan itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar dengan lindungan fasilitator-fasilitator yang lain. Program Jerman dan Perancis diarahkan untuk mengambil jalan A yang menuju ke Pasar Seni dan Dataran Merdeka. Kami pun bermula perjalanan malah ia merupakan perjalanan yang jauh yang mengambil masa 15 hingga 25 minit. Perjalanan tersebut memang memenatkan pada hari pertama dan saya tidak disangka itu.



Selepas itu, kami sampai ke destinasi pertama iaitu Pasar Seni dan berkumpul di sana. Sebelum bergerak fasilitator memberi penerangan untuk bagaimana berinteraksi dengan golongan gelandangan. Program Jerman terus pergi dan distribusikan makanan dan minuman kepada mereka yang disediakan oleh organisasi. Kami mencuba untuk berinteraksi dengan mereka tetapi malangnya kami semua berasa takut dan tidak berani. Kami berdiri di sesuatu tempat dan melihat bagaimana orang lain berinteraksi. Setelah itu, saya mencuba untuk berinteraksi dengan salah seorang daripada golongan gelandangan dan bertanya khabarnya. Mungkin kami berasa takut kerana ia adalah pengalaman pertama dan berbeza untuk menjumpa dan bercakap dengan mereka.


45 minit kami menghabiskan di sana bergerak ke destinasi seterusnya ke Dataran Merdeka. Di sana ada beberapa gelandangan sahaja jadi 10 orang sahaja diminta untuk ikut fasilitator, yang lain dan kami duduk di suatu tempat dan dapat berkenalan dan berkongsi pengalaman dengan ketua organisasi dan fasilitator lain. Semua sudahpun selesai dan kami bergerak ke tempat kumpul kami. Akhirnya kami mengambil gambar berkumpulan dengan semua orang. Ia adalah pengalaman yang baru dan berlainan bagi saya dan saya berharap di perjumpaan seterusnya saya dapat membelajari banyak lagi pengalaman.          


Sekian,

-Priscilia-

Monday, 13 March 2017

Aktiviti Kesukarelawan yang Kedua bersama "Street Feeders Of Kuala Lumpur" (8 Mac 2017)


Kami bersama-sama membeli tiket sebelum menaiki LRT untuk ke Pasar Seni


Suasana bersama sukarelawan yang lain sebelum bertolak ke tempat yang telah di pilih iaitu sekitar Masjid Negara untuk kali yang kedua


Makanan dan minuman yang telah diagihkan kepada kami


Aktiviti Kesukarelawan yang Pertama bersama "Street Feeders Of Kuala Lumpur" (22 Februari 2017)

Kami berkumpul di sekitar Pasar Seni sebelum di agihkan kepada beberapa kumpulan. Kami telah memilih untuk pergi ke sekitar Masjid Negara.



Suasana sekitar Masjid Negara




Kami mengakhiri aktiviti dengan refleksi di Dataran Merdeka


Aktiviti Penyediaan Makanan dan Jualan yang Pertama untuk Pengumpulan Dana Jalinan Masyarakat


Kami mula menyediakan bahan-bahan dan membuat dadih serta ais krim di rumah Tan Jin Ting. Kepenatan itu kurang dirasai kerana kami telah bersama-sama membuat dadih dan ais krim tersebut.  





Kami memotong buah-buahan di kolej kediaman. Terima kasih kepada Jay dan Pak Cik dari Kafe KK9 kerana telah meminjamkan pisau dan tempat pemotong pisau. :)



Pada malam tersebut kami mulakan aktiviti jualan di foyer Kolej Kediaman Kesembilan sebelum pergi menjual di sekitar blok-blok yang ada di situ.



Sunday, 12 March 2017

“Kita jangan buang masa, kita mesti ambil masa”

Pada 8 Mac 2017 yang lalu merupakan kali ke-2 kami menjalankan Program Jalinan Masyarakat dengan menyertai program organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) ‘Street Feeders of Kuala Lumpur’ (SFOKL). Pengalaman yang saya dapat pada kali ini berbeza dengan pengalaman yang saya alami sewaktu pertama kali menyertai program tersebut pada 22 Februari 2017. Pertama sekali kami dan beberapa orang pelajar dari program Bahasa Perancis dikehendaki untuk berkumpul terlebih dahulu bersama-sama dengan sukarelawan yang lain serta diagihkan kepada beberapa kumpulan. Kami telah memilih untuk pergi ke sekitar Masjid Negara buat kali ke-2 dan mula diagihkan makanan.

Sewaktu dalam perjalanan pergi ke Masjid Negara, terdapat beberapa gelandangan yang berada di luar Hotel yang telah kami lalui. Salah seorang daripada gelandangan tersebut meminta sebotol air. Saya berasa sedih tidak dapat memberi botol air kepada gelandangan tersebut kerana apa yang saya telah dapat hanyalah sebungkus roti dan pisang sahaja. Jadi saya pun memohon maaf dan terpaksa meneruskan perjalanan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Akhirnya kami telah tiba ke destinasi yang telah ditetapkan. Apa yang telah saya lihat kali ini terdapat banyak golongan gelandangan dibandingkan dengan hari yang kami telah pergi sebelumnya. Kami diberi sama selama 45 minit untuk mengagihkan makanan dan berinteraksi dengan golongan gelandangan yang ada di sekitar Masjid Negara.

Seterusnya saya dan rakan-rakan hendak pergi untuk memberi makanan, tiba-tiba seorang pak cik menegur saya kerana mahu roti dan pisang yang telah saya bawa. Saya pun memberikan pisang dan roti itu dengan senang hati dan berkata “Makanlah  Pak Cik, maaf kerana saya ada roti dan pisang itu sahaja”. Terukir senyuman di bibir Pak Cik tersebut dan sejurus itu dia mengucapkan terima kasih. Saya dan rakan-rakan pun teruskan mencari golongan gelandangan untuk diajak berbual.

Kami pergi ke arah seorang Pak Cik yang sedang duduk makan diatas lantai berlapitkan surat khabar. Kami pun memulakan perbualan dengan menanyakan, “Sedap tak makanan tu Pak Cik?”. Pak cik itu pun menjawab makanan itu sedap dengan penuh gembira. Terdapat beberapa rakan saya mula memberi makanan dan air kepada Pak Cik itu. Apa yang saya terkejut terdapat banyak jenis botol air mineral yang sama dikumpul oleh Pak Cik tersebut dan diletakkan di belakangnya. Hati kecil saya pun berkata betapa berharganya mendapatkan air mineral bagi golongan gelandangan sedangkan kami di universiti agak mudah untuk mendapatkan air mineral kerana mesin pemanas air ada dimana-mana tidak kira di fakulti mahupun di kolej kediaman. Selepas itu kami pun mula beredar dari situ kerana tidak mahu mengganggu Pak Cik tersebut untuk menikmati makanan yang telah diberikan.

Ketika saya sedang khusyuk melihat tempat pemeriksaan kesihatan kepada golongan gelandangan yang ada disitu, tiba-tiba terdapat seorang lelaki bertanyakan soalan kepada saya “mereka ada ubat sakit hati tak?” sambil menunjuk ke arah tempat yang saya lihat itu. Saya pun mula gelisah kerana takut jawapan saya akan membuatkan dia berasa tidak senang hati dan saya pun melihat kepada rakan-rakan lain yang mendengar juga pertanyaan tersebut. Kami pun ketawa bersama-sama dan menasihatkan lelaki itu untuk pergi membuat rawatan tersebut. Dia pun menolak kerana berasa segan. Dia mempekenalkan diri dia dengan panggilan Ayie dan berumur 31 tahun. Dengan cara dia bercakap serta dialek yang dia tuturkan saya pun bertanya kepada Ayie adakah dia berasal dari Penang. Ternyata benar! Kami pun mula berbual beberapa perkara dan ternyata Ayie seorang yang lucu dan pandai berjenaka ketika berbual. Menurut Ayie tidak semua golongan gelandangan disitu bekerja dan sebahagian dari mereka hanya melepak kerana mereka hanya mengharapkan pihak ‘NGO’ untuk memberi mereka makanan dan pakaian. Menurut Ayie lagi, dia akan balik ke Penang pada bulan puasa nanti. Apa yang kami terkejut dia telah menetap di Kuala Lumpur selama 7 tahun dan mencari pendapatan dengan hanya bekerja separuh masa. Seterusnya dia berkata akan berhijrah ke Johor Bahru selepas ini. Ayie juga mengadu kebanyakkan baju-baju disumbangkan ialah baju untuk golongan wanita. Terdetik hati saya untuk membawa baju dan barang-barang yang saya tidak gunakan untut diberikan kepada golongan gelandangan pada hari yang akan datang nanti. Akhirnya kami pun mengakhiri perbualan kerana masa telahpun tamat, kami pun mengambil langkah berani untuk mengambil swafoto bersama Ayie untuk dijadikan kenangan. Ternyata Ayie tidak menolak dan bersetuju untuk bergambar bersama-sama kami. Bagi saya jenaka Ayie yang paling saya tidak lupa ialah “Kita jangan buang masa, kita mesti ambil masa”

Saya berasa amat puas hati kerana kali ini kami dapat berbual dengan golongan gelandangan yang pada asalnya membuat saya takut ketika pertama saya menyertai program ini. Pada pendapat saya, kita seharusnya mencuba untuk mendekati golongan seperti ini. Bukan sahaja memberi nasihat dan motivasi tetapi cukup jika kita mendengar luahan dan cerita daripada mereka. Kerana dengan ini mereka tidak akan berasa rendah diri dikalangan masyarakat seperti kita. Mereka juga berhak diberi perhatian yang sewajarnya kerana mereka juga manusia biasa seperti kita cuma nasib yang kurang menyebelahi mereka. Akhir sekali, saya berasa amat gembira kerana apa yang saya telah tekad pada hari itu untuk berani berbual bersama mereka dan hilangkan rasa takut telah tercapai. Saya tidak sabar untuk pergi lagi ke destinasi yang seterusnya.

Sekian,
                                                                 

Aisyah J


Kali Kedua

Pada 8 Mac 2017 iaitu pada hari Rabu, saya dan rakan-rakan telah melakukan program Jalinan Masyarakat kali kedua di tempat yang sama iaitu di Masjid Negara. Pengalaman kali ini berbeza dengan pengalaman kali pertama. Kami menaiki Keretapi LRT dan menggunakan khidmat Uber. Perjalanan untuk sampai ke destinasi mengambil masa yang lama kerana keadaan jalan sesak, kerana pada waktu itu ialah waktu peak hour di mana pada waktu itu, waktu berpulang dari kerja.

Setelah sampai di LRT Pasar Seni, kami berjurus ke tempat perjumpaan peserta-peserta Street Feeders of KL (SFOKL), iaitu di bawah satu jambatan. Kami diberi beberapa arahan dan nasihat daripada pihak SFOKL. Selepas itu, kami diberi makanan untuk diagihkan kepada golongan gelandangan. Kami pun bermula berjalan kaki ke Masjid Negara. Perjalanan kali ini lebih singkat dibandingkan sebelum ini.

Seterusnya, kami sampai di Masjid Negara dan mula mengagihkan makanan. Kali ini, kelihatan lebih ramai golongan gelandangan. Setelah itu, saya dan beberapa rakan pergi mencari mana-mana golongan gelandangan untuk membawa bersembang. Pada mulanya, ia sukar kerana kebanyakan gelandangan kelihatan tidak mahu bercakap dan kebanyakan sudah mempunyai peneman untuk bersembang.

Selepas itu, kami berjumpa dengan seorang lelaki berusia dalam linkungan 30 tahun dengan menggunakan panggilan Ayi. Dia berasal dari Penang dan sudah berada di Kuala Lumpur selama 7 tahun. Dia juga berkerja part-time. Ayi pada mulanya tidak mahu menerima makanan dari kami tetapi setelah dipaksa, dia akhirnya terima. Kami juga memujuk dan memaksa Ayi untuk pergi membuat medical check-up yang berada di Masjid Negara itu. Ayi berkata dia tidak mahu kerana segan. Ayi seorang yang kelakar, dia banyak memberi kami jenaka dan kata-kata yang mencuit hati. Dia juga berkata bahawa seronok tinggal di sini kerana dapat berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Kami juga bertanya bila dia akan pulang ke kampung, dan Ayi menjawab dia akan pulang pada bulan puasa.

Justeru, kami sangat berpuas hati kerana akhirnya dapat mengadakan perbualan bersama golongan gelandangan walaupun ia merupakan perbualan yang singkat, tetapi ia adalah satu pengalaman bagi saya dan rakan-rakan. Pada pendapat saya, pengajaran yang saya dapat ialah kita tidak patut mudah menghakimi seseorang disebabkan keadaan seseorang itu. Sebagai contoh, kebanyakan kita akan berfikir bahawa mereka yang tinggal gelandangan tidak akan berasa gembira padahal mereka sebenarnya ada yang rasa seronok mungkin kerana ada yang menjaga mereka (pihak NGO yang sentiasa memberi makanan dan pakaian pada mereka), mereka juga mungkin tidak ada banyak masalah untuk difikirkan dibandingkan dengan diri kita semua.Maka, kita semua haruslah sentiasa bermuhasabah dan sentiasa berfikiran terbuka dalam apa-apa keadaan sekali pun.

Akhirnya, pengalaman kali ini berlainan dengan pengalaman pada kali pertama. Saya berharap pengalaman seterusnya menjadi lebih baik.

sekian,
Fatimah