Friday, 10 March 2017

KOTAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

pada 8 Mac 2017 (Rabu) kami sekali lagi telah melaksanakan program jalinan masyarakat kami iaitu 'Caring towards Homeless' buat kali yang ke-2 bersama dengan Street Feeders of Kuala Lumpur. Kali ini, kami, mahasiswa program Jerman telah sekali lagi memilih route A iaitu di bahagian Masjid Negara. Sebaik sahaja kami sampai di sana, kami semua telah diberikan tempoh selam 45 minit untuk mengagihkan makanan serta berbual dengan golongan gelandangan. Kemudian kami semua bergerak untuk mengagihkan makanan (nasi, roti, pisang dan air mineral) dan beberapa barang keperluan seperti ubat nyamuk kepada golongan gelandangan yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Pengalaman kedua ini, saya diberi peluang untuk merasai perbualan bersama seorang gelandangan yang mesra dipanggil sebagai Pak cik Lan. Pemalu, mudah ketawa orangnya. Pada mulanya, beliau enggan berbual dengan mana-mana ahli Street Feeders. Beliau duduk bersebelahan dengan salah seorang kawan gelandangannya yang sedang berbual dengan kumpulan yang saya duduk bersama. Andai ada yang mendekati beliau, beliau akan mengelak dengan membawa KOTAKnya (yang dijadikan alas tempat tidurnya)  jauh dari mereka. Tetapi sebaik sahaja mereka berlalu pergi, beliau akan datang semula untuk duduk di sebelah kawannya. Beliau hanya mendengar perbualan kami dan tertawa. Adakalanya andai beliau ketawa, beliau akan tersipu malu sambil menutupi mulutnya dengan kedua-dua tangannya.

Tiba-tiba, beliau memandang saya lalu menyapa dengan mesra, "Ni semua yang datang ni, dari mana?". Saya terpinga. Dek suara beliau yang kurang jelas menyebabkan saya lantas bangun dan duduk di hadapannya. Agak terkejut beliau tidak berganjak. Kemudian perbualan kami berterusan hampir 20 minit dan seorang ahli Street Feeders juga telah turut serta sepanjang perbualan kami. Beliau menunjukkan saya bahawa terdapat seekor burung kecil yang berwarna putih di atas sebatang pokok sering menemaninya tidur. "Tiap-tiap malam dia ada, tapi malam Jumaat je dia tak ada. Dia pergi mesyuarat kot.". Kami ketawa mendengar jenaka beliau. Kami berbual panjang.

Saya berasa amat gembira kerana diberikan peluang untuk merasai semua ini. Perbualan yang tempohnya hanya selama 20 minit terrsebut, amat bermakna. Perkara yang paling tidak dapat saya lupakan adalah gelak tawa beliau. Dalam keadaan gelandangan yang dihadapinya, saya dapat merasai kenikmatan yang penuh dalam gelak tawanya yang kadang-kadang kita sendiri belum mampu merasainya. Saya berasa amat tenang sepanjang berbual dengan beliau dan merasakan pantasnya waktu berlalu.Sebelum saya berlalu pergi, saya sempat memandang KOTAK yang mengalas tubuh badan Pak cik Lan untuk tidur. Terdapat perasaan yang tidak mampu saya ungkapkan dengan kata. Terlalu bermakna. Sekian sahaja daripada saya. Akan saya nukilkan lagi pada waktu yang akan datang.

Sekian,
ASILAHADENAN

Sunday, 5 March 2017

Jalinan Masyarakat

      Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Jalinan Masyarakat merupakan  salah satu kursus yang diwajibkan bagi pelajar-pelajar Universiti Malaya tahun pertama semester dua. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Malaya melibatkan diri masing-masing dengan masyarakat di luar kampus. Kumpulan kami iaitu Kumpulan 76, mahasiswa dan mahasiswi bidang bahasa Jerman dan Linguistik telah mencadangkan untuk menjalankan program Jalinan Masyarakat "Caring towards Homeless People" yang memfokuskan pada golongan gelandangan. Kami telah berbincang tentang objektif, aktiviti-aktiviti pengumpulan dana, tarikh-tarikh program dan pelbagai lagi.

      Antara objektif kami ialah memberi peluang kepada pelajar dalam pengurusan wang dan menjalankan perniagaan dan penajaan. Saya telah mendapat pengalaman dalam penyediaan dan penjualan bagi pengumpulan dana. Kami telah berniaga dadih, buah-buahan, ais krim dan waffles. Penyediaan membuat dadih dan aiskrim dibuat di rumah saudari, Jin Ting. Pada keesokannya, kami menyediakan buah-buahan di Kolej Kediaman Kesembilan. Pada malam isnin (20/2/2017), kami bermula menjalankan pengumpulan dana dengan berniaga. Ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana saya dan rakan-rakan saya terpaksa menebalkan muka untuk menjual makanan-makanan tersebut. Kami pergi ke setiap bilik di salah satu blok semata-mata untuk menjual makanan. Walaubagaimanapun, ia masih mendapat sambutan, saya berpendapat bahawa ramai mahasiswa dan mahasiswi di Kolej Kediaman Kesembilan  gemar membeli buah-buahan kerana buah-buahan jarang dijual di dalam Kolej Kediaman ini. Pada malam hari selasa (21/2/2017), kami juga menjual makanan-makanan seperti biasa.

       Pada hari rabu (22/2/2017), kami telah pergi ke destinasi untuk memulakan aktiviti Jalinan Masyarakat di sekitar Lembah Klang. Kami bergabung dengan Kumpulan Bahasa Perancis dan dibimbing oleh badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Street Feeders of KL. Kami semua berkumpul di kawasan 'Clock Tower', Medan Pasar. Kami diberi ucapan dan guides oleh ahli-ahli Street Feeders of KL sebelum bertolak ke destinasi masing-masing. Mereka mengagihkan beberapa kumpulan mengikut tempat. Kami telah memilih Kumpulan A yang akan pergi ke Masjid Negara.

       Selepas makanan telah diagihkan pada setiap orang, kami bertolak dengan berjalan kaki ke Masjid Negara. Ini adalah kali pertama saya berjalan kaki pada waktu malam di bandar Kuala Lumpur, kami mengambil masa yang lama untuk ke tempat tersebut. Kami berjalan melalui beberapa stesen keretapi (KTM, LRT, MRT). Walaubagaimanapun, saya tidak berasa takut kerana kami berjalan bersama-sama secara beramai-ramai. Ia sangat meletihkan. Apabila kami sampai ke Masjid Negara, saya tidak sangka di sana mempunyai ramai golongan gelandangan. Saya sudah biasa dimaklumkan bahawa Kuala Lumpur mempunyai ramai gelandangan tetapi ini merupakan pertama kali saya berjumpa gelandangan dengan jumlah yang boleh dikatakan banyak. Sebelum mengagihkan makanan, kami diberi beberapa nasihat, amaran dan masa ketika berada di Masjid Negara. Saya tidak memberi makanan kepada gelandangan kerana kesemuanya sudah mendapat makanan daripada orang lain, saya memerhati orang-orang di sekitar itu dan berasa sedih akan nasib-nasib mereka. Kebanyakan mereka adalah dewasa, banyak kemungkinan dan sebab kenapa mereka menjadi gelandangan contohnya disebabkan masalah kewangan seperti bankrupt, kerugian, menjadi muflis atau hutang, masalah keluarga seperti dibuang oleh ahli keluarga atau kehilangan ahli keluarga. Pada pendapat saya, situasi ini boleh terjadi pada kita tanpa disangka. Maka, kita harus sentiasa mengingatkan diri supaya sentiasa bijak menguruskan kewangan, peka dengan keadaan ekonomi kini, dan sentiasa menjaga hubungan dan mengambil berat tentang ahli-ahli keluarga.

      Seterusnya, setelah lebih kurang 30 minit di Masjid Negara, kami mula berjalan menuju ke Dataran Merdeka, sepanjang perjalanan, kami terserempak beberapa gelandangan, dan pada waktu itu, saya memberi makanan pada pakcik tua. Saya berasa bersyukur kerana akhirnya dapat membantu mereka walaupun dengan memberi makanan. Ketika kami sampai ke Dataran Merdeka, kami diarahkan berehat sebentar dan salah satu ahli Street Feeders of KL memberi ucapan tentang pengalamannya yang sudah bertahun-tahun menyertai program ini dan memberi beberapa nasihat pada kami. Beliau juga mengatakan bahawa mereka bukan sahaja memberi makanan, tetapi memberi mereka pakaian-pakaian terpakai, dan juga menjadi peneman atau kawan kepada mereka dengan mengadakan perbualan bersama mereka. Selepas itu, kami berjalan semula ke Pasar Seni, tetapi melalui jalan yang pendek. Kami menghabiskan sesi ini pada sekurang-kurangnya pukul 11.30 malam.

       Akhir sekali, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba pengalaman sepanjang menjalankan program ini. Saya berhadapan dengan beberapa masalah seperti kesilapan dalam membuat kertas kerja, masalah bersama rakan-rakan dalam menjalankan tugas, dan masalah dalam pengumpulan dana dengan berniaga. Program ini juga telah membuka mata saya dan memberi kesedaran akan kewujudan golongan gelandangan ini, saya juga pernah membaca satu artikel yang menyatakan ada gelandangan yang sudah 15 tahun menjadi gelandangan. Bagi saya, isu gelandangan ini patut diberi perhatian dan penjagaan yang lebih. Pada pendapat saya, seperti di Masjid Negara, pihak masjid patut memberi mereka tempat untuk mereka membersihkan diri dan juga memberi mereka bermalam di masjid. Selain itu, pihak kerajaan dan masyarakat menyediakan mereka tempat tinggal untuk sementara waktu sebelum mereka mendapat pekerjaan untuk sara diri. Walaubagaimanapun, saya masih mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sangat sedikit tentang isu gelandangan. Justeru, saya berharap agar masyarakat dan rakyat Malaysia sedar akan kewujudan golongan gelandangan dan dapat menyelesaikan masalah isu golongan gelandangan ini. Saya juga berharap agar rakyat Malaysia terutamanya pemuda-pemuda menjadi prihatin akan situasi ekonomi, politik dan isu dunia pada hari ini supaya kita menjadi rakyat Malaysia yang berkualiti dan mempunyai akhlak yang tinggi pada masa hadapan.

Sekian,
Fatimah

Saturday, 4 March 2017

22/2/17(Rabu) - Street Feeder

  Pada 22 Februari 2017 (Rabu), kami dari Program Jerman telah melibatkan diri dalam kerja amal. Kami telah menyertai sebuah badan bukan kerajaan yang bernama Street Feeders of KL (SFOKL). Pengetahuan saya tentang badan ini ialah badan ini akan menolong golongan gelandangan dengan membahagikan makanan dan minuman kepada mereka yang bertempat di kawasan tertentu. Kerja amal ini diadakan pada setiap bulan pada hari Rabu. 


  Sebelum bertolak ke destinasi, kami telah berkumpul di Kolej Kediaman Kesembilan. Selepas itu, kami bertolak ke destinasi tanpa melengahkan masa. Apabila kami sampai di destinasi, kelihatan orang ramai yang terdri daripada pelbagai bangsa dan umur telah pun berkumpul di satu tapak. Sebelum kita memulakan kerja pembahagian makanan dan minuman kepada golongan gelandangan, pihak penganjur telah memberikan taklimat yang ringkas tentang perjalanan aktiviti kerja amal ini. Mereka telah menerangkan apa yang patut dan tidak patut kita lakukan semasa aktiviti sedang dijalankan.


  Selepas taklimat disampaikan, orang ramai telahpun dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami berputus untuk berkekal dalam satu kumpulan supaya perjalanan aktiviti dapat dipermudahkan kerana kita tidak perlu sentiasa berhubung dengan satu sama lain untuk mengetahui keadaan ahli kumpulan. Dengan ini, kami boleh lebih berfokus melakukan aktiviti kerja amal ini.


  Kita perlu berjalan dengan jarak yang agak jauh sebelum sampai di tempat golongan gelandangan berteduh. Apa yang membuat saya berasa terseksa ialah setiap kali saya menyangka saya telah sampai di destinasi, tetapi hakikatnya tempat yang saya menyangka sebagai destinasi itu bukan destinasi tetapi cuma merupakan satu lorong ke destinasi kita.


  Setelah berjalan dengan masa yang lama, akhirnya kita telah sampai di destinasi pertama kita, iaitu Masjid Negara. Pandangan pertama saya di kawasan golongan gelandangan ialah satu lelaki yang melihat kepada satu arah sahaja walaupun sekumpulan orang melalui di depannya. Saya bermula berasa berwaspada selepas melihat keadaan lelaki tersebut. Kenapa lelaki tu macam tak betul je? Adakah golongan gelandangan yang lain pun macam tu? Otak saya berfikir bukan-bukan selepas melihat keadaan lelaki ituKebimbangan saya telah hilang sedikit apabila pihak penganjur memberitahu kita bahawa keselamatan kita akan dijamin sepanjang  aktiviti dijalankan dan lelaki yang saya nampak itu memang tidak boleh didekati disebabkan ketidaknormal mentalnya.


  Kami telah diberi 30 minit untuk memberi makanan dan minuman kepada golongan gelandangan. Pada pandangan saya, saya berasa amat sukar untuk memulakan perbualan dengan mereka kerana ini merupakan pertama kali saya melakukan kerja amal seperti ini. Saya bimbang saya akan meyakiti perasaan mereka dengan tidak sengaja. Kami diberitahu supaya tidak menyoal tentang isu-isu tertentu tetapi ini lagi mengelirukan saya kerana saya memang tidak tahu apa yang patut saya cakap dalam perbualan kita. Selepas itu kita telah berjalan ke destinasi kedua iaitu di Dataran Merdeka. Kami tidak berpeluang memberi makanan dan minuman kepada golongan gelandangan kali ini atas sebab tertentu.


  Saya telah memperolehi pengalaman yang baru melalui aktiviti ini. Kepahitan yang mereka mengalami memang tidak dapat diketahui oleh kita yang memiliki kebahagiaan. Kita sepatutnya bersyukur apa yang kita telah memiliki dan tidak bersikap tamak. Bersedialah untuk membantu pihak yang bersusahan.


Yoke May
A Very Good Experience 🙂

On 22th of February, we go for our first distribution of food by joining as volunteers with French group to Street Feeders of KL.

At first when we reached central market i saw lots of people wearing black or the white shirts as the organisor had already mentioned and asked for throughout the facebook page. I was a bit shocked cause its really lots of people and there were different types of age group but when we went to the actual gathered place which was the clock tower there, I'm more shock cause the crowds were really big and i dont know how to describe that. Haha 😂

We waited for almost 10-15 minutes then only we started to take photos. After taking the photos, the organisor asked us to donate some money if we wanted to and all the money they got will go and buy the food for the homeless people. Then i donated some.  After that, they started to explain all the rules to us and all the people starting to find their own route. There got 4 routes and different route will go to different place. I still remembered one of the route were only 10 persons i think, because the place they went is dark and more dangerous compared to the other routes so that the organisor or person incharge can be more easier to take care of them. After that we got our food, which were bun, rice, banana and mineral water. Some of us didnt get all that four things as i had mention just now, but got one uncle he suddenly stopped us, he opened his bag and gave us the water and some bananas. They were actually good, seriously.

Then we started to go to our first destination which was Masjid Negara (if i remember the name correctly 😅) by walking. For me its not tired and i think that is good cause we can exercise. When we reached the place, the organisor told us what can we say and what cannot. We still met one of the homeless people who was mentally not that stable by that time, and we were warned by the organisor not to get close to him. And its dark actually cause its night so i felt scary at first. And we dont know what to do actually. But we tried, we all tried. After that i was asked to go to the other side to give water to the homeless people. Then we feel awkward cause its not only one homeless people there, there were more than five homeless people there. So we discussed with the French group cause they were there. And we decided to sing songs for them. Then we asked for permission and asked the homeless people to choose the songs they want to hear then we tried to sing for them. Its interesting and i like the way i feel during that time. Its warm. I dont know how to describe but i just know that we all having joy, having fun and gaining some lessons that we will never get to learn inside the class. I felt very happy also when one of the homeless people said i'm steady and i sing very nice 👍 hahaha i was really really happy by that time because i felt that: ya they really like it, they are listening to it and they all showing the smiling faces, it makes me feel satisfying and cherishing.

The next place we went which was the last place called Dataran Merdeka. There were not lots of homeless people at there so the organisor only chose around 10 person to go amd distribute the food and clothes. Then we all just sat at there and listened to different experiences from different organisors. I agreed with the organisor as he said we all were living inside the comfort zone, we can get what we want easily but the homeless people were not! We wont get to feel what they feel and what they were going through. We cannot look down on them and we should helped them as we can.  Suddenly got one guy stopped our conversation as he was hungry and wanted to get some food and water. So one of the organisor brought him to the place where we put our things, the food, the old clothes and so on. And he gave the guy some food, clothes and boxes to put all the things inside. Then the guy come in front of us and keep thanking us. I feel sad by that time actually cause i was wondering where were their children and what were they doing if they really got children. The first thing come to my mind was my family so its really a weird and a good experience for me.

When i came back to kk9, my seniors asked me: very tired right? I answered them actually quite interesting and i asked them to go and tried also. Haha 😂

Looking forward to the next distribution. 😊 Its really a very good experience for all of us.

-Xiu Jie-

Friday, 3 March 2017

Golongan gelandangan...

''Caring Towards Homeless People'' ! Apakah maksud homeless?
Dalam Bahasa Malaysia, homeless sama erti dengan golongan gelandangan. Gelandangan merupakan manusia yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tidak tetap. Ini tidak bermaksud mereka golongan yang tidak berguna, mereka mungkin mengalami kesusahan dalam kehidupan, kemiskinan, permasalahan psikologi, masalah ekonomi, tiada pekerjaan tetap serta mungkin dihalau oleh keluarga mereka. Oleh itu, 12 orang pelajar Jerman ingin menyumbangkan sedikit usaha serta bantuan kepada golongan gelandangan dengan menyertai sebagai sukarelawan untuk membahagikan makanan-makanan kepada golongan ini.

Pada 22 Februari 2017, iaitu kali pertama kami menyertai badan bukan kerajaan- Street Feeders of KL (SFOKL) menjalankan tugas membahagikan makanan-makanan, pakaian kitar semula yang boleh dipakai lagi dan sebagainya kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Kami berkumpul dan bertolak dari Kolej Kediaman 9 pada pukul 7.45pm. Pada pukul 8.15pm, kami telah sampai ke tempat berkumpul SFOKL iaitu pintu Pasar Seni. Kami dibawa oleh krew SFOKL untuk berkumpul semula di tempat lain yang berdekatan iaitu 'Clock Tower' di Meadan Pasar, Selepas krew SFOKL memberi arahan kepada semua sukarelawan, aktiviti ini pun telah bermula. Makanan iaitu nasi, air minum, sebuah pisang dan sebuah roti akan diberi oleh krew SFOKL kepada semua sukarelawan supaya boleh membahagikan kepada gelandangan. Kami telah memilih jalan A iaitu ke Masjid Negara dan seterusnya Dataran Merdeka.

Dalam perjalanan ke Masjid Negara, kami melalui pelbagai jalan kecil, lorong kecil, terowong pejalan kaki dan jambatan. Apabila diatas jambatan, bawahnya adalah satu sungai dan beberapa pekerja yang sedang mencuci sungai. Pada masa itu, saya berasa amat sedih kerana nampak beberapa pekerja yang nampaknya sangat letih tetapi masih bekerja pada lewat masa itu. Selain itu, saya juga besyukur atas apa yang saya ada. Selepas 20 minit, kami pun telah sampai ke Masjid Negara. Saya nampak sekumpulan gelandangan yang ada di sana. Saya tidak dapat bahagikan makanan saya kerana banyak telah dapat makanan mereka. Oleh itu, kami berfikir apa yang boleh kami buat di sana. Pada masa itu, kami nampak sekumpulan gelandangan di hujung Masjid Negara dan salah seorang gelandangan memerlukan air. Kami hantar air kepada dia dan kumpulan French juga sedang berkumpul di sana. Selepas perbincangan, kami bersetuju menyanyi untuk kumpulan gelandangan yang ada di situ. Pada masa itu, saya berasa kebahagiaan adalah begitu mudah kerana satu lagu telah boleh mengembirakan mereka.

Seterusnya, kami bertolak ke Dataran Merdeka. Oleh kerana masalah polis menjalankan sekatan jalan raya di depan Dataran Merdeka, hanya 10 orang sukarelawan boleh masuk ke sekitar Dataran Merdeka. Kami telah adakan sesi kongsi di depan Dataran Merdeka dengan krew SFOKL dan sukarelawan yang lain sementara menunggu 10 orang sukarelawan itu. Selepas itu , aktiviti ini juga ditamatkan. 

Hari itu merupakan hari yang amat bermakna kepada saya. Ini jugalah kali pertama saya benar benar mengadakan interaksi dengan golongan gelandangan. Saya berasa amat takut menghadapi golongan gelandangan ini dan tidak tahu macam mana nak bertindak balas. Tetapi, sebagai ketua projek ini, saya tahu bahawa saya perlu berani kerana kalau saya nampaknya takut, ahli kumpulan lain tidak boleh jalankan projek ini dengan lancar. Saya amat bersyukur dan menghargai apa yang saya ada sehingga kini. 


JinTing 

Thursday, 2 March 2017

Menyertai Aktiviti Kesukarelawan ialah Pengalaman yang Berharga

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia. Saya ialah mahasiswi tahun pertama untuk semester kedua di Universiti Malaya daripada program Bahasa Jerman. Pada semester kedua, kami diwajibkan untuk mengambil kursus universiti iaitu Jalinan Masyarakat. Program Jalinan masyarakat ini bertujuan untuk menanam sifat membantu dan berbakti dalam diri mahasiswa dan mahasiswi kepada masyarakat bukan sahaja dari segi wang tetapi dari segi tenaga dan perhatian juga diperlukan. Setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada guru penyelaras, kami pun bersepakat untuk membuat aktiviti membantu golongan gelandangan yang bertemakan “Caring towards Homeless People”.

Alternatif mencari dana untuk menjalankan program tersebut kami mulakan dengan aktiviti jualan. Setelah berbincang kami bersepakat untuk menjual dadih, ais krim, waffel dan buah-buahan seperti tembikai, tembikai susu dan jambu batu. Pertama sekali kami memulakan aktiviti membungkus ais krim dan membuat dadih. Setelah selesai kami pun memulakan jualan bersama-sama di blok-blok mahasiswa dan mahasiswi dalam Kolej Kediaman Kesembilan iaitu tempat kediaman kami sekarang. Alhamdulillah ternyata jualan tersebut membuahkan hasil yang agak lumayan. Apa yang saya dapat dari menjalankan aktiviti jualan ini ialah melahirkan rasa rendah diri ketika menjual makanan tersebut disamping dapat melatih diri yang agak bersifat pemalu untuk berhadapan dengan pelbagai karenah pembeli.

Pada hari rabu yang lalu (22 Februari 2017), kami telah pun bersama-sama pergi ke lokasi program di sekitar Lembah Klang untuk berkumpul bersama kumpulan daripada program Bahasa Perancis dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Ini merupakan pertama kali saya menyertai aktiviti seperti ini di sini mahupun di Sarawak. Apa yang saya lihat telah mengubah perspektif saya iaitu rupa-rupanya disekitar bandaraya Kuala Lumpur yang pesat dengan kancah pembangunan ini terdapat juga golongan gelandangan dimerata-rata tempat. Seterusnya, kami pun pergi ke lokasi yang telah ditetapkan ialah di sekitar Masjid Negara. Apa yang telah saya telah lihat terdapat golongan gelandangan ini mempunyai pekerjaan dan ada yang tidak mempunyai pekerjaan. Selain dari memberi makanan, kami juga digalakkan untuk berbual sedikit sebanyak bersama mereka asalkan topik tersebut tidak menimbulkan isu yang sensitif atau peribadi. Selepas selesai kami bersama-sama pergi ke Dataran Merdeka bagi mengakhiri aktiviti kami dengan refleksi. Banyak yang telah dikongsi sepanjang menjalankan aktiviti ini. Akhir sekali kami pun berkumpul di Central Market untuk balik ke kolej kediaman. Tipulah kalau perasaan takut itu tidak ada ketika pertama kali menyertai aktiviti seperti ini. Tetapi lama kelamaan perasaan simpati dan muhasabah diri terhadap golongan ini mula timbul mengatasi rasa takut sebelumnya. Tidak sangka banyak juga golongan yang tidak terbela nasibnya di kalangan masyarakat setempat.

Golongan gelandangan juga harus diberi peluang untuk memperbaiki cara hidup mereka. Tidak semua masyarakat ingin digelar sebagai ‘sampah masyarakat'. Oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat mereka tidak mampu untuk menyewa rumah apatah lagi membeli rumah sendiri. Sebagai anjakan paradigma, kita sebagai masyarakat yang prihatin juga bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan khidmat bakti dan pertolongan daripada kita. 

Saya bersyukur kerana dapat menyertai projek ini kerana projek ini telah banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang bersyukur dengan segala keselesaan yang saya miliki sekarang ini. Alhamdulillah. Bukan itu sahaja dengan adanya aktiviti seperti ini dapat memberi saya peluang untuk mencurah bakti kepada masyarakat malah dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan saya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya, bangsa dan agama yang berbeza. Terima kasih juga kepada organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu, “Street Feeders of Kuala Lumpur” kerana memberi kami peluang untuk menyertai aktiviti tersebut disamping membimbing kami sepanjang projek itu dijalankan. Tidak lupa juga terima kasih juga kepada guru penyelaras kami kerana membantu dan membimbing kami dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Terima Kasih.

-Aisyah- J



First time joining Street Feeders of KL

    On 22nd of February 2017, 12 of us from the German course went to give out food to the homeless around Masjid Negara and Dataran Merdeka with the students from French course through a non-goverment association named Street Feeders of KL. We gathered at the clock tower near Petaling Street and after that we walked to those locations where street friends AKA the homeless are located.
   
   So when we were at Masjid Negara, the first thing that really shocked me was the number of homeless people present. Though I knew there were homeless people but I never knew the numbers are this huge. And to think that we only went to two places while there were other routes. I gave a packet of rice with sweet and sour chicken to a homeless and I simply asked how are you in Malay. He was so happy to receive the food and he smiled widely and replied very good. That has really made an impact on how I view things in my life. I have a hostel to go at the end of the day, I can choose what food I would like to have for each meal and yet when people asked me how is my day I would just replied it's not bad but it's not that good either.

   Our street friends are homeless, every night they need to find a place where they can rest their head and when it rains they would need to find some where else where there's shelter. And here we are, we have more than enough but we still complain and grumble even the slightest thing like the food taste bad or water shortage again or the weather is too hot and so on. The day after that, when I saw my friends eating and picking out some food which they dislike, I thought back to the street friends, maybe they don't even like sweet and sour chicken or something but that's what they have to deal with. The saying beggars can't be choosers really saddens me at this point. People out there are starving and there's people who can choose which to eat and which they do not want to eat.

   At the end of the day, we are all just human beings. Although they have less in the perspective of most, for me, they have more than what we have and that is a grateful heart. They know how to be content with whatever they had. Through this social engagement course, I realized the power of gratefulness and thankfulness can do to our lives. If we are angry for a minute, we lost a minute of joy in our life. I may not be expressive in speaking but I am really thankful to be in this German course with my fellow course mates. I appreciate each and every one of them in my life, for their presence alone gives me the motivation to be a better person. In every one of them and of course my lecturers too, I can learn infinite things each day from them and discovering my weakness and strengths.

-PT-